Diplomatic Training Course For International Participants siri yang pertama pada tahun ini telah berjaya dilaksanakan dan disempurnakan dengan jayanya pada 30 Mac 2012 yang lalu. Majlis penutupan telah disempurnalan oleh Y.Bhg Dato’ Ku Jaafar Ku, Ketua Pengarah IDFR Shaari dan turut dihadiri oleh Duta-Duta dan Pesuruhjaya Tinggi negara peserta.
Kursus selama tiga minggu ini telah dihadiri seramai 13 peserta antarabangsa antaranya dari Afghanistan, Croatia, Mesir, Jordan, Lesotho, Myanmar, Namibia, Palestine, Phillipines, Republik Uzbekistan, Vietnam, dan Yemen ditambah dua peserta Malaysia dari Bank Negara. Sepanjang kursus berjalan beberapa topik seperti Introduction to International Relations Theory, Media Relationan And Media Skills, International Negotiation, An Overview Of Public Diplomacy, Human Rights Law And The Use Of Force In International Law, Public Speaking, Cross Cultural Communication Dan Diplomacy In Crisis Management antara yang dibincangkan di dalam kelas. Sesi kuliah disampaikan oleh penceramah jemputan dan penceramah bertauliah.
Selain itu, peserta DTC turut diberi peluang untuk menghadiri majlis ucapan khas oleh TYT Ban Ki-Moon, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Dewan Serbaguna, IDFR. Kebanyakan peserta kursus melahirkan rasa puas hati dan gembira kerana diberi peluang untuk menghadiri majlis yang penuh bermakna ini.
Selain daripada mengikuti sesi kursus di IDFR, peserta DTC turut diberi peluang untuk menghadiri lawatan sambil belajar ke beberapa buah agensi kerajaan untuk mengetahui dan menambah pengetahuan tentang peranan dan fungsi yang dimainkan dalam setiap agensi. Tidak ketinggalan, peserta turut diberi peluang melawat ke pejabat Setiausaha Kerajaan di Negeri Terengganu dimana, peserta turut didedahkan mengenai perancangan pembangunan ekonomi di peringkat negeri.
Semasa di Terengganu, peserta telah menaiki bot menuju ke Pulau Lang Tengah dimana mereka menghabiskan masa yang diberikan untuk menikmati keindahan pantai ditambah beberapa aktiviti yang telah dirancang seperti snorkeling.
Secara keseluruhannya dapat disimpulkan disini bahawa peserta DTC sesi 1/2012 sangat berpuas hati dan memuji akan kesempatan dan peluang yang diberikan dalam menimba ilmu, pendedahan dan faedah sepanjang tempoh berkursus. Semua subjek yang diajar sangat bersesuaian dan memberi faedah kepada peserta sesuai dengan jawatan sebagai pegawai muda diplomatik. Sememangnya peserta telah mendapat manfaat yang sangat besar dalam menghadiri kursus. Peserta turut berterima kasih kepada IDFR dan MTCP kerana diberi peluang untuk menghadiri kursus di Malaysia dan dalam masa yang sama turut diberi peluang untuk merasai kepelbagaian jenis makanan dan pemandangan yang menarik di Malaysia.