Piagam Pelanggan
- Menganjurkan sekurang-kurangnya 90% program latihan dan wacana ilmiah seperti yang disenaraikan dalam Prospektus IDFR
- Memaklumkan pelanggan tentang program-program latihan dan pembelajaran yang dirancang oleh pusat-pusat di IDFR sekurang-kurangnya satu (1) bulan sebelum program latihan diadakan dan sekurang-kurangnya tiga (3) minggu sebelum seminar/ persidangan/ bengkel/ perbincangan meja bulat/ ceramah umum diadakan.
- Memastikan objektif program latihan/seminar mendapat skor purata penilaian sekurang-kurangnya 5 daripada skala 1 hingga 7.
- Memastikan penyampaian program yang berkesan melalui skor purata penilaian prestasi tenaga pengajar sekurang-kurangnya 5 daripada skala 1 hingga 7.
- Menghasilkan sekurang-kurangnya 20 penulisan ilmiah dan pelaporan program dalam setahun.
- Memastikan semua permohonan untuk perkhidmatan rundingcara dipertimbangkan, dan dilaksanakan sekiranya bersesuaian.
- Memastikan supaya semua pertanyaan dan aduan pelanggan IDFR:
i) diberi akuan penerimaan dalam masa satu (1) hari bekerja; dan
ii) diberi maklumbalas dalam masa tujuh (7) hari bekerja.