Rabu, 05 Februari 2025

faq  contact us  feedback  Peta laman

Majlis Amanat Ketua Pengarah

mainamanatdato

Pada 14 Januari 2013, Majlis Amanat Tahun Baru 2013 telah diadakan di Dewan Serbaguna IDFR. Majlis ini disertai oleh semua kakitangan IDFR. Tujuan utama majlis diadakan adalah bagi membolehkan YBhg. Dato 'Ku Jaafar Ku Shaari menyampaikan amanat tahun barunya kepada warga IDFR.

Program dua jam bermula dengan ucapan pembukaan oleh Dr. Rosli Hj. Hassan, selaku Pengerusi Kelab Kebajikan, diikuti dengan ucaptama oleh Ketua Pengarah IDFR. Menerusi ucapannya, Dato 'Ku Jaafar melahirkan penghargaan dan terima kasih kepada semua kakitangan di atas komitmen yang berterusan dalam mengetengahkan nama IDFR, yang kini turut terkenal di arena antarabangsa. Beliau berharap agar permulaan yang baik ini akan membuka lembaran baru dan mewujudkan semangat serta keazaman di kalangan kakitangan IDFR. Beliau juga menyatakan bahawa semua orang mesti memenuhi keperluan pihak stakeholders untuk terus meningkatkan IDFR dari segi program latihan, ceramah, penerbitan dan prasarana sejajar dengan misi dan visi IDFR. Dato' Ku Jaafar juga turut menyebut mengenai pencapaian IDFR pada tahun 2012. Selain daripada itu, beliau turut menekankan mengenai “Strategi Lautan Biru" (Mengurang, Menghapus, Mewujud, dan Memberi Peluang) sebagai model di IDFR. Dato' Ku Jaafar mengakhiri ucapannya dengan menekankan nilai-nilai teras IDFR iaitu "A.Z.A.N (Kepatuhan, Semangat, Berkemampuan, dan Budiman) serta mengingatkan semua supaya berpegang kepada prinsip "tangan, minda, hati dan ‘Surah Al-Rahman’". Majlis diteruskan dengan penyerahan skrol yang mengandungi Mesej Tahun Baru 2013 dan kalendar kepada wakil dari setiap bahagian.

Ketua Pengarah turut menyampaikan cenderahati kepada wakil keluarga warga IDFR yang telah meninggal dunia dan anak-anak kakitangan yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Majlis berakhir dengan jamuan dan harapan dapat melahirkan keazaman dan semangat tahun baru di kalangan kakitangan bagi membawa IDFR ke tahap yang lebih tinggi dalam dunia hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri.

   amanatdato  amanatdato1  amanatdato2

Dilaporkan oleh : Shereena Kamarulzaman
Bahagian Pengajian Akademik, Penyelidikan dan Penerbitan

fbk

twt

int

tk

yt