Rabu, 05 Februari 2025

faq  contact us  feedback  Peta laman

Lawatan Pertama Timbalan Menteri Luar Negeri ke IDFR

dfm

YB Dato’ Hamzah Zainudin, Timbalan Menteri Luar Negeri telah mengadakan lawatan pertama beliau ke IDFR semalam, 10 Jun 2013. Beliau disambut oleh YBhg. Dato’ Ku Jaafar Ku Shaari, Ketua Pengarah IDFR, Pengarah setiap bahagian, penjawat awam Institut serta para peserta program Diploma in Diplomacy (DiD) 2/2013. Perjumpaan dengan Timbalan Menteri Luar  itu sangat dinanti-nanti kerana ia merupakan yang  pertama dengan beliau.

Satu taklimat juga telah dijalankan mengenai aktiviti, acara dan program akan datang di IDFR. Dato’ Hamzah memuji nilai-nilai asas dan matlamat Institut ini untuk menganjurkan latihan, penyelidikan dan penerbitan dalam bidang diplomasi dan hubungan luar, bukan sahaja di peringkat kebangsaan tetapi juga di peringkat antarabangsa. Beliau turut melahirkan pandangan agar Institut ini dapat berkembang dengan lebih meluas melalui Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP) dan dengan kerjasama Institusi dan kumpulan pemikir dalam bidang diplomasi. Dato’ Hamzah kemudian telah dibawa melawat kemudahan yang ada di Institut ini.

Pertemuan dengan Timbalan Menteri Luar Negeri yang baru itu merupakan satu pengalaman yang amat mengujakan. Saya  mengambil kira pelbagai aspek persediaan – pakaian, isyarat badan, sebutan – seperti mereka yang lain juga kerana ia melambangkan imej Institut ini.

Dilaporkan oleh Syahrul Nizzam Nordin
Praktikal dari Universiti Tun Abdul Razak
Diterjemah oleh Aida Hanim Shoib
Bahagian Akademik, Penyelidikan dan Penerbitan


fbk

twt

int

tk

yt