Rabu, 05 Februari 2025

faq  contact us  feedback  Peta laman

Mesyuarat Kick Off bagi Pelan Strategik ICT (ISP), IDFR 2013 – 2015

KickOffMeeting

Seksyen Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR) telah mengadakan Mesyuarat Kick Off Pelan Strategik ICT (ISP) IDFR, 2013-2015 pada 14 Jun 2013, bertempat di Bilik Kuliah 205, Blok A.
 
YBhg. Dato' Zulkifli Yaacob, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan dan Korporat, merangkap Pengarah Projek Jawatankuasa Pembangunan ISP, IDFR, memulakan mesyuarat. Diikuti dengan ceramah oleh YBhg. Dato’ Dr. Zahari Othman, Ketua Perunding ISP, MAMPU. Beliau memaklumkan mengenai definisi bagi perkara-perkara asas projek ISP dan aktiviti perancangan ISP serta tindakan selanjutnya yang perlu dilaksanakan oleh pasukan projek ISP. Pihak Perunding ISP, MAMPU menyertai pada pertengahan pelaksanaan projek ISP, disebabkan pada fasa pertama, ISP IDFR dibangunkan secara dalaman. Semasa mesyuarat satu jam dan 15 minit ini, turut diadakan penerangan oleh Puan Zaiza Haji Ali, Timbalan Pengarah ICT. Beliau menjelaskan mengenai status kemajuan proses pelaksanaan ISP, IDFR.

Dilaporkan oleh : Pegawai Pengurusan Projek (PMO) ISP, IDFR
Seksyen ICT, Bahagian Khidmat Pengurusan dan Korporat

fbk

twt

int

tk

yt