Rabu, 05 Februari 2025

faq  contact us  feedback  Peta laman

Latihan Penggunaan Desktop Mac Pro Peringkat Pertengahan

desktop macpro1

Pada 4 dan 5 Februari 2014 yang lalu, seramai lapan (8) orang Warga IDFR telah menghadiri Latihan Penggunaan Desktop Mac Pro Peringkat Pertengahan yang diadakan di Pusat Latihan Futureworld, Wangsa Walk Mall, Kuala Lumpur. Latihan ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran penggunaan  Desktop Mac Pro di kalangan peserta. Latihan bermula pada pukul 10.00 pagi dan berakhir pada jam 5.30 petang. Tenaga pengajar didatangkan khas daripada Syarikat Apple iaitu Encik Ahmad Shahar.

Pada hari pertama, latihan dimulakan dengan pengenalan kepada System Preferences, Finder Window dan peserta diminta untuk mewujudkan akaun pengguna, menukar gambar profil, menukar screensaver, menukar paparan susun atur ikon dan mengetahui keyboard shortcuts. Pada sesi petang, peserta didedahkan kepada Internet, mencipta akaun iCloud dan wikispaces, mengadakan sidang video sesama peserta melalui FaceTime, muat turun iBook Author dan mencipta irama lagu melalui iTunes.

Pada hari kedua pula, peserta mempelajari Photo Booth, merekod audio dan video, mencipta album gambar melalui iPhoto dan video menggunakan iMovie. Pada sesi petang, peserta diberi latihan untuk mencipta akaun wikispaces dengan memuat naik sebarang media ke atasnya dan mencipta fail iBooks Author dan dieksport dalam bentuk buku teks digital.

Keseluruhannya, para peserta telah dapat mengikuti latihan dengan baik dan memberi penumpuan sepanjang latihan. Terdapat juga beberapa soalan yang dikemukakan oleh peserta dan diterangkan dengan jelas oleh tenaga pengajar. Para peserta telah diberikan sijil kehadiran dan cakera keras yang mengandungi nota latihan pada akhir latihan.

Dilaporkan oleh: Pn. Noor Asyirah Abd Rahman
Seksyen ICT, Bahagian Khidmat Pengurusan dan Korporat

fbk

twt

int

tk

yt