Rabu, 05 Februari 2025

faq  contact us  feedback  Peta laman

Persidangan Ketua-Ketua Perwakilan Ke-8

homc1401

Pada 23 Februari sehingga 1 Mac 2014, Kementerian Luar Negeri telah menganjurkan Persidangan Ketua-Ketua Perwakilan Ke-8 bertemakan Mentransformasikan Diplomasi Malaysia Ke Arah 2020 Dan Seterusnya. Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR) menjadi tuan rumah persidangan tersebut dari 23 sehingga 26 Februari 2014.

Sepanjang enam hari persidangan tersebut berlangsung, peserta dilibatkan dalam dialog di antara pertubuhan bukan kerajaan (NGO), ahli ekonomi, ahli akademik, pegawai-pegawai persekutuan dan kerajaan negeri.

Persidangan Ketua-Ketua Perwakilan Ke-8 telah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada 24 Februari 2014. Program tersebut dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh YB Dato’ Sri Anifah Aman, Menteri Luar Negeri, diikuti ucaptama oleh YAB Perdana Menteri. Dalam ucaptamanya, YAB Dato’ Sri Najib menyatakan bahawa sebagai kuasa tengah, Malaysia perlu meneruskan komitmennya terhadap ASEAN dan memperuntukkan sumber yang secukupnya untuk mengukuhkan hubungan dua hala dengan jirannya serta terus menghargai ASEAN sebagai paksi keamanan, kemakmuran dan kestabilan serantau.

YAB Perdana Menteri juga menegaskan bahawa sebagai pembuat dasar, para diplomat dan ahli komuniti antarabangsa mesti bertindak ke atas transformasi yang kian berkembang di sekeliling rantau ini dan dunia dengan acuan transformasi kita yang tersendiri, iaitu suatu dasar luar yang akan memacu Malaysia ke arah negara maju pada tahun 2020 dan seterusnya. “Sebagai wakil negara di luar, tuan-tuan mempunyai peranan yang unik; di tangan tuan-tuan terletaknya amanah untuk memastikan rakyat Malaysia berdiri sama tinggi di pentas dunia. Berdasarkan pengalaman lalu, saya tahu tuan-tuan akan menyahut cabaran ini”, demikian kata YAB Perdana Menteri.

Pada 25 Februari, YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan ucapannya bertajuk, Engaging and Mobilizing Malaysian Diaspora to Strengthen the Nation. Kemudian, Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Dr. Ali Hamsa menyentuh tentang Peranan Diplomat Malaysia Ke Arah Merealisasikan Agenda Transformasi Kebangsaan. Satu program khas untuk pasangan telah diadakan termasuklah perbincangan mengenai Understanding Emotional Intelligence dan Professionalism and Moments of Truth at Missions. YBhg. Datin Sri Siti Rubiah Datuk Abdul Samad, isteri kepada Menteri Luar adalah tetamu kehormat program tersebut.

Pada 26 Februari 2014, satu sesi bertajuk Malaysian Diplomats: Today and Tomorrow telah berlangsung yang terdiri daripada ahli-ahli panel jemputan iaitu Datuk Dr. Ahmad Faizal, Tan Sri Dato’ Dr. Mohd Munir Abdul Majid, Dato’ Din Merican Azaddin Merican and Dato’ Dr. Muthiah Alagappa serta Amb. Aminahtun Hj. A Karim, Timbalan Ketua Pengarah IDFR selaku moderator.

Persidangan tersebut seterusnya berlangsung di Kuching, Sarawak dan Kota Kinabalu, Sabah.

Majlis makan malam sempena Persidangan Ketua-Ketua Perwakilan Ke-8 yang dihoskan YB Dato’ Sri Anifah Hj Aman menutup tirai persidangan enam hari tersebut.

homc1402 homc1403 homc1404

Dilaporkan oleh: Syahrul Nizzam Nordin
Bahagian Pengajian Akademik, Penyelidikan dan Penerbitan 

 

fbk

twt

int

tk

yt