Objektif-objektif kursus adalah untuk meningkatkan pemahaman mengenai prinsip penulisan ceramah yang berkesan, memberi pendedahan kepada para peserta dengan kemahiran, teknik dan strategi di dalam penulisan ceramah serta membolehkan para peserta untuk menilai sendiri kekuatan dan kelamahan sebagai penulis ceramah. Kursus-kursus ini telah dijalankan di dalam bentuk ceramah berinteraksi, bekerja secara individu dan berkumpulan dan latihan penulisan ceramah di dalam kelas.
Kedua-dua program telah dikendalikan oleh Encik Simon Lancaster, salah seorang penulis ceramah yang terkenal di UK. Beliau telah menulis ceramah untuk pemimpin-pemimpin dunia dan Ketua-ketua Pegawai Eksekutif serta telah melatih beratus-ratus penulis profesional selama bertahun-tahun.
Di antara modul-modul program ini adalah Seni dan Kraf Penulisan Ceramah, Teknik dan Strategi dalam membuat ceramah, Analisis Ceramah-ceramah Terbaik, Penyusunan Ceramah dan Penggunaan Kata-kata Perumpamaan, Pengulangan, Bahasa atau Gaya dan Larangan dalam Penulisan Ceramah.
Kedua-dua sesi telah menerima maklumbalas yang sangat baik dan positif dari para peserta.