Jumaat, 31 Januari 2025

faq  contact us  feedback  Peta laman

SPKM: Pre-Posting Orientation Course for Home-Based Staff and Their Spouses Series 3/2014 (Grade 41 and Above)

spkm1 1401

Siri ketiga kursus SPKM:’Pre-Posting Orientation Course for Home-Based Staff and Their Spouses’ telah pun dianjurkan dari 19 hingga 20 Mei 2014. Siri kali ini dihadiri oleh 76 para peserta dari pelbagai kementerian and agensi kerajaan di bawah Sistem Pentadbiran Malaysia di Luar Negara (SPKM). Dari jumlah tersebut 41 merupakan pegawai gred 41 ke atas manakala 35 orang lagi adalah pasangan mereka.

Objektif utama panganjuran kursus ini adalah untuk mempersiapkan para peserta sebelum bertugas di luar negara untuk kali pertama dalam aspek-aspek berkaitan polisi luar negeri, pentadbiran, pengurusan, kewangan, kebudayaan, diplomasi, keselamatan dan etiket. Fokus juga diberikan terhadap topik-topik yang berkaitan dengan tujuan mempromosikan Malaysia dari segi pelancongan, pelaburan, produk-produk dan kebudayaan. Untuk pasangan pula, kursus ini memberi pendedahan berkenaan tujuan, fungsi dan tanggungjawab mereka apabila menemani para pegawai di luar Negara kelak.

Dilaporkan oleh: Romaiza Abd. Rahman
Bahagian Latihan

fbk

twt

int

tk

yt