IDFR telah berjaya menganjurkan Malaysian Technical Cooperation Programme (MTCP): English Language and Diplomacy Course series 1/2014 bermula 19 hingga 30 Mei 2014. Program dua minggu ini telah dihadiri oleh 23 diplomat dari Azerbaijan, Bhutan, Bosnia Herzegovina, Burkina Faso, Cambodia, Comores, Dominican Republic, Georgia, Kenya, Kiribati, Lao PDR, Myanmar, Maldives, Mauritius, Morocco, Senegal, Sri Lanka, Sudan, Suriname, Timor-Leste, Togo, Uzbekistan dan Vietnam.
Objektif program ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran penggunaan bahasa Inggeris dalam bidang diplomasi dan hubungan antarabangsa. Selain itu, kursus ini juga bertujuan untuk peserta menambah baik penggunaan dan pengetahuan am Bahasa Inggeris dalam empat kemahiran iaitu pendengaran, lisan, pembacaan dan penulisan.
Secara umum, modul yang dilaksanakan termasuk Active Listening, Writing Diplomatically: Sentence Structure and Applying Grammar, The Sound of English Language: Pronunciation, Presentation Skills and Public Speaking and Speech Drafting.
Dilaporkan oleh: Sufrinizam Abd. Hamid
Bahagian Latihan