Jumaat, 31 Januari 2025

faq  contact us  feedback  Peta laman

Hubungan Malaysia-Australia

malaysia australia1401

Pada 22 Julai 2014, satu ceramah bertajuk “Hubungan Malaysia-Australia” oleh Tuan Yang Terutama (TYT) Rod Smith, Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia telah diadakan di IDFR. Ceramah ini telah dihadiri oleh diplomat muda yang kini sedang menjalani program Diploma in Diplomacy (DiD). Timbalan Ketua Pengarah IDFR, Ambasador Aminahtun Hj. A. Karim telah menyampaikan ucapan kata alu-aluan. 

Semasa ceramah berlangsung, TYT Rod Smith memfokus kepada hubungan di antara Malaysia dan Australia serta kepentingan untuk mengukuhkan hubungan tersebut. Beliau menegaskan bahawa pelaksanaan dasar luar sesebuah negara adalah pantulan nilai-nilai dan karakter sesebuah negara. Tambahan pula, dasar luar juga merupakan lanjutan kepentingan nasional sesebuah negara di mana ianya penting bagi setiap orang untuk memahaminya. Beliau memperkenalkan Australia kontemporari yang merupakan negara yang sangat pelbagai di mana 1.7 juta populasinya dilahirkan di Asia dan dianggap sebagai sebuah negara hijrahan. Australia kini lebih sesuai didiami serta menarik dan ini mencerminkan bagaimana Australia telah diantarabangsakan di dunia pada masa sekarang. Selain itu, TYT Rod Smith juga menekankan hubungan di antara ASEAN dan Australia yang pada akhirnya membawa keamanan dan kemakmuran di rantau ini.

Beliau turut berkongsi ciri-ciri penting seseorang diplomat. Pertama, para diplomat harus bersiap-sedia dengan sebarang kejutan dan terbuka kepada cabaran-cabaran. Dari segi ini, diplomat akan berhadapan dengan ketidakpastian dan oleh itu mereka harus bersiap-sedia untuk menangani apa jua keadaan. Kedua, para diplomat harus sentiasa mengekalkan minda yang terbuka kerana setiap negara adalah kompleks dan berbeza. Ia sangat penting bagi mereka untuk mendalami bagaimana sesebuah negara itu berfikir dan bagaimana ia bekerja. Selain daripada itu, diplomat harus mampu melihat sesuatu dengan gambaran yang lebih besar selain berfokus kepada butir-butiran. Ketiga, diplomasi bukanlah zero-sum game, di mana ia tidak menguntungkan mana-mana pihak. Sebaliknya, diplomasi adalah mengenai perkongsian dan perkongsian adalah mengenai membina pendekatan serta mencapai kepentingan bersama. Bagi membina hubungan yang baik, adalah penting untuk mencari kepentingan bersama yang akhirnya memanfaatkan kedua-dua belah pihak selain bersedia untuk berkompromi. Ciri keempat yang dinyatakan oleh TYT Rod Smith adalah berkenaan kepentingan, pengaruh, dan impak iaitu kapasiti untuk memajukan dasar luar sesebuah negara. TYT Rod Smith turut menyatakan bahawa adalah penting untuk bersiap-sedia menangani krisis. Fleksibiliti, kesedaran situasi, serta pengurusan maklumat dan penyelarasan merupakan elemen penting dalam bidang diplomasi.

malaysia australia1402 malaysia australia1403

Dilapor oleh: Ernitasimbolon binti Erwan 
(Pelatih Industri)
Bahagian Pengajian Akademik, Penyelidikan dan Penerbitan

fbk

twt

int

tk

yt