Satu Sesi Pagi Jumaat bertajuk Pengurusan Kemarahan melalui Teknik Aroma Terapi telah diadakan pada 5 September 2014 di Auditorium WP1, Kementerian Luar Negeri, Malaysia. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Puan Norazimah Ibrahim, seorang Pegawai Psikologi dari Lembaga Hasil Dalam Negeri.
Dalam ceramahnya, beliau telah menerangkan tentang definisi aroma terapi; perbezaan antara minyak pati dan minyak wangi; tahap keselamatan penggunaan minyak pati dan minyak wangi; pengurusan kemarahan menggunakan minyak pati; dan cara membuat campuran minyak pati sendiri menggunakan sumber semulajadi.
Para peserta juga telah didedahkan dengan pelbagai jenis minyak pati yang boleh digunakan sebagai aroma terapi, seperti Lavender, Teh Hijau, Cendana, Lemon dan Ros. Setiap aroma dapat menghasilkan kesan yang berlainan, seperti mengurangkan tekanan, menguatkan minda dan menenangkan jiwa.
Sesi ini telah dihadiri oleh para pegawai Kementerian Luar Negeri, termasuk empat dari IDFR, iaitu Puan Farah Dibah Abu Hanipah, Puan Azmah Mahmud, Cik Nik Nazarina Nek Mohamed dan Cik Dzuita Mohamed.
Dilaporkan oleh: Dzuita Mohamed
Bahagian Latihan