Jumaat, 31 Januari 2025

faq  contact us  feedback  Peta laman

Training of Trainers: Introduction to Training Skills Course

tot1401

Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR) telah menganjurkan program Training of Trainers: Introduction to Training Skills dari 17 hingga 19 September 2014. Program ini yang diiktiraf dan diberikan sijil penyertaan oleh City and Guilds, United Kingdom, telah dilaksanakan oleh konsultan yang dilantik di Kuala Lumpur, Language Works Sdn. Bhd. Seramai empat orang pegawai kanan IDFR telah menyertai program ini. 

Sasaran program ini adalah bagi melatih para peserta untuk menjadi jurulatih atau fasilitator yang efektif, dan memberi panduan kepada para peserta untuk menilai kaedah dan amalan pembelajaran semasa, serta meningkatkan penyampaian mereka. Selain itu, para peserta juga didedahkan dengan pelbagai idea, strategi dan kemahiran bagi proses pembelajaran yang lebih berkesan.

Pada hari pertama dan kedua, peserta telah didedahkan dengan sesi latihan interaktif dan menarik, seperti mengenal pasti kehendak para pelatih, mereka bentuk dan merancang latihan, mendapat dan mengekalkan perhatian para pelatih. Melalui aktiviti-aktiviti tersebut, peserta telah diajar dengan pelbagai kaedah efektif dalam mengenal pasti gaya penyampaian tersendiri, kekuatan dan kelemahan mereka sebagai jurulatih.

Pada hari terakhir, setiap peserta dikehendaki menyampaikan sesi latihan selama 30 minit, berdasarkan topik yang dipilih, dengan menggunakan kaedah yang telah mereka pelajari sepanjang kursus, menggunakan kreativiti masing-masing. Sesi latihan 30 minit dan kuiz soalan aneka pilihan merupakan elemen wajib bagi memenuhi sebahagian daripada syarat pensijilan oleh City dan Guilds.

tot1402 tot1403

Dilaporkan oleh:

Nur Aqilah Mohd Subari (Pelatih Industri) 
Bahagian Latihan

fbk

twt

int

tk

yt