Siri kedua program SPKM: Pre-Posting Orientation Course for Home-Based Staff and Spouses telah dilaksanakan dari 6 hingga 10 April 2015. Program ini telah dihadiri oleh 23 pegawai gred 38 dan ke bawah dari pelbagai kementerian dan agensi, berserta pasangan mereka. Para pasangan dikehendaki menghadiri hanya tiga hari pertama program ini.
Matlamat program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada mereka tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan tugasan di Perwakilan Malaysia di luar negara, mempersiapkan mereka dengan pelbagai fungsi dan tugasan semasa di luar negara, serta memupuk semangat kerjasama antara mereka untuk prestasi yang lebih efektif dalam memenuhi tugasan dan tanggungjawab mereka di Perwakilan Malaysia.
Para peserta telah mengikuti pelbagai sesi interaktif dengan para professional dari sektor awam dan swasta, perbincangan berkumpulan dan perkongsian pengalaman oleh mereka yang pernah bertugas di Perwakilan Malaysia di luar negara. Sesi ceramah telah menyentuh topik seperti Administrative and Security Matters at Missions, Financial Management, Consular Works at the Malaysian Missions, Protocol Matters Related to Foreign Service, Grooming and Social Etiquette, Cross-Cultural Awareness, Human Trafficking, dan Religious, Cultural and Consular Matters Related to Death at Missions.
Dilaporkan Oleh:
Dzuita Mohamed
Bahagian Latihan