Jumaat, 31 Januari 2025

faq  contact us  feedback  Peta laman

Bengkel Diplomasi Awam dan Kemahiran Media

publicdiplomacy main

Diplomasi awam telah dianggap sebagai salah satu bahagian penting dalam amalan diplomatik yang memerlukan strategi khas dan kemahiran tertentu. Menyedari kepentingan yang semakin meningkat terhadap membina kecekapan diplomasi awam dalam kalangan pegawai kerajaan, IDFR sekali lagi telah menganjurkan Bengkel Diplomasi Awam dan Kemahiran Media dari 23 hingga 25 Mei 2017.

Seramai 27 pegawai dari Kementerian Luar Negeri, Jabatan Perdana Menteri, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Kerajaan Negeri Kedah, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan; dan Kementerian Kewangan telah menghadiri program ini.

Sepanjang bengkel tiga hari ini, peserta telah didedahkan dengan kepentingan diplomasi awam dalam mempromosi dan melindungi kepentingan Malaysia serta kemahiran yang diperlukan dalam pengendalian media yang berkesan. Antara modul yang diketengahkan dalam bengkel tersebut adalah Evolution of Malaysia’s Public Diplomacy; Media Handling During Crisis; dan Public Diplomacy: Engaging New Media and Civil Society. Untuk menambah lagi pemahaman tentang Evolusi Diplomasi Awam di Malaysia, para peserta telah membuat satu lawatan ke Muzium Negara bagi menghadiri pameran "Diplomacy @ 60: Then and Now".

Para peserta turut terlibat dalam sesi dialog di bawah modul Role of Media in Public Diplomacy dan ceramah tentang Cross-Cultural Understanding and Its Implication on Public Diplomacy. Para peserta diberi pendekatan secara aktif dan kemahiran praktikal melalui latihan simulasi wawancara media, sidang media dan komunikasi siaran akhbar. Program ini berakhir pada 25 Mei 2017 dengan Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil Penyertaan kepada para peserta, yang telah disempurnakan oleh Cik Hafizah Abdullah, Pengarah, Pusat Kepimpinan, Perundingan dan Diplomasi Awam.

Secara keseluruhan, Pusat Kepimpinan, Perundingan dan Diplomasi Awam, IDFR amat berbesar hati kerana berpeluang untuk menganjurkan bengkel ini. Maklum balas positif yang diterima daripada para peserta dan para penceramah amat berguna bagi memperbaiki lagi program-program yang bakal dianjurkan oleh pusat ini pada masa hadapan.

     publicdiplomacy 1  publicdiplomacy 3  publicdiplomacy 2   

 

Disediakan oleh:

Imran Ariff Mohammad Amin
Pusat Kepimpinan, Perundingan dan Diplomasi Awam (LNPD)

fbk

twt

int

tk

yt