Sabtu, 01 Februari 2025

faq  contact us  feedback  Peta laman

Bengkel "Dealing with the Media"

MEDIA1

Dengan kedatangan era media sosial pada masa ini, pegawai-pegawai kerajaan adalah digalakkan untuk melengkapkan kemahiran kendiri mereka dalam mengendalikan media termasuk media sosial dengan lebih efektif, demi merapatkan jurang hubungan antara rakyat dan kerajaan terutamanya dalam era "Malaysia Baharu". Menyedari kepentingan media, IDFR melalui Pusat Kepimpinan, Perundingan dan Diplomasi Awam (LNPD) telah menganjurkan Bengkel “Dealing with the Media” pada 13 dan 14 November 2018. Bengkel tersebut telah dihadiri oleh seramai sembilan peserta yang terdiri daripada pegawai kanan Wisma Putra (Gred 52 dan ke atas).

Objektif utama bengkel ini adalah untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan media termasuklah media sosial, meningkatkan pengetahuan para pegawai Wisma Putra dalam mengendalikan persidangan media dan temuramah studio termasuklah untuk kaedah bertindak rasional ketika berdepan dengan wartawan dan kamera; dan meningkatkan kemahiran para pegawai dalam pengendalian media termasuk media sosial dengan lebih efektif. Antara sesi-sesi yang dijalankan seperti Effective Social Media Use; Publicity through Social Media; Managing Crisis on Social Media: Case Studies; dan Handling Press, Press Conference and Studio Interviews. Kedua-dua modul Press Conference dan Studio Interview turut melibatkan sesi teori dan practical.

Bengkel berakhir dengan majlis penutup dan penyampaian sijil pada 14 November 2018. Ambasador Hajah Siti Hajjar Adnin, mewakili Ketua Pengarah IDFR telah menyampaikan amanatnya dan menyempurnakan majlis penyampaian sijil penyertaan kepada para peserta. Para peserta telah memberikan maklum balas yang sangat positif dan berterima kasih atas penganjuran bengkel yang amat bermanfaat ini.

MEDIA2 MEDIA3

Disediakan oleh:
Muhammad Shafiy Mazlan
Pusat Kepimpinan, Perundingan dan Diplomasi Awam (LNPD)

fbk

twt

int

tk

yt