Pusat Kepimpinan, Perundingan dan Diplomasi Awam (LNPD), IDFR dengan kerjasama Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD), Kementerian Belia dan Sukan telah menganjurkan sesi Duta Belia untuk tahun 2021. Sesi ini telah diadakan secara dalam talian pada 15 Oktober 2021 dan diadakan khas untuk peserta terbaik program MFLS. Program MFLS Tier 3 merupakan kerjasama IDFR dan i-LEAD bagi dua tahun berturut-turut.
Tujuan utama program ini adalah untuk menghasilkan belia sebagai rakan strategik dalam pembangunan negara dan juga mampu memainkan peranan di peringkat nasional dan global, sementara sesi Duta Belia adalah salah satu modul MFLS yang bertujuan memberi pendedahan dan pengetahuan yang berkaitan dengan hubungan diplomatik antarabangsa. Seramai 150 peserta yang mengikuti kursus ini merupakan peserta terbaik yang telah terpilih untuk fasa terakhir program MFLS (Tahap 3) dan telah mengikuti modul seperti Overview of Malaysia’s Foreign Policy; Introduction to IDFR; Strategies for Developing Leadership Skills dan Malaysia’s Public Diplomacy and Social Media. Modul-modul ini disampaikan oleh wakil IDFR, Encik Amirul Khairi Mustafa Bakri dan Cik Nuril Fathihah Mazlan, serta pegawai-pegawai Kementerian Luar Negeri, Encik Nazaruddin Jaafar dan Encik Mohammad Hosnie Shahiran Ismail.
IDFR mengucapkan selamat maju jaya kepada semua peserta.
Disediakan oleh:
Pusat Kepimpinan, Perundingan dan Diplomasi Awam (LNPD)