Institut Diplomasi dan Hubungan Luar (IDFR) telah menganjurkan kursus SPKM siri kedua bagi tahun 2022 pada 21 hingga 25 Mac 2022. Kursus Pra-Penempatan untuk Pegawai dan Pasangan 2/2022 yang telah dijalankan secara atas talian melalui platform Google Meet ini dianjurkan khas bagi pegawai Gred 38 dan ke bawah bersama pasangan, dengan objektif untuk meluaskan kemahiran hal ehwal diplomatik, pentadbiran, dan etika sosial serta meningkatkan kemahiran mereka dalam memahami asas-asas amalan diplomatik antarabangsa yang penting bagi penempatan mereka di luar negara kelak.
Seramai 57 pegawai bersama 43 pasangan telah menghadiri kursus ini dari pelbagai kementerian, agensi, dan jabatan. Pegawai yang terlibat adalah dari Angkatan Tentera Malaysia, Tourism Malaysia, Kementerian Sumber Manusia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Kementerian Luar Negeri, Jabatan Imigresen Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, dan Yayasan Pahang.
Disediakan oleh:
Pusat Kepimpinan, Perundingan dan Diplomasi Awam (LNPD)