SPKM: Kursus Orientasi Pra-Penempatan Untuk Pegawai dan Pasangan siri terakhir telah berjaya dilaksanakan pada 3 hingga 12 Oktober 2023 di IDFR. Kursus SPKM kali ini dianjurkan khas untuk pegawai gred empat puluh satu (41) dan ke atas bersama pasangan. SPKM 5/2023 telah dihadiri oleh lima puluh (50) peserta daripada sepuluh (10) Kementerian dan agensi/jabatan kerajaan.
Kepelbagaian latar belakang peserta daripada pelbagai kementerian dan agensi secara tidak langsung telah berjaya menghimpunkan pelbagai kepakaran dan pengalaman. Kepelbagaian ini sekaligus memperkaya pengalaman pembelajaran dan menggariskan kepentingan kerjasama dan sinergi antara pelbagai Kementerian dan agensi/jabatan kerajaan.
Di sebalik kejayaan program ini adalah barisan penceramah pakar yang memainkan peranan penting dalam membentuk pengetahuan dan kemahiran para peserta. Sumbangan berharga oleh mereka telah memainkan peranan penting dalam menyalurkan pandangan diplomasi antarabangsa kepada para peserta dan memupuk keupayaan mereka.
Kursus Orientasi Pra-Penempatan Untuk Pegawai dan Pasangan adalah bukti komitmen dalam penyediaan kakitangan kerajaan terhadap tugasan antarabangsa. Kejayaan kursus ini menandakan dedikasi dan kerja keras diantara peserta dan para penceramah. Ia juga menekankan tanggungjawab bersama/kolektif pelbagai kementerian dan agensi dalam membina tenaga kerja yang mahir dan berkebolehan untuk diplomasi antarabangsa.
Secara keseluruhannya, kursus ini telah mendapat maklum balas yang positif dan majoriti peserta berpuas hati dengan perkongsian yang diperoleh. Akhir kata, diharapkan dengan ilmu dan kemahiran yang peserta perolehi akan memberi impak yang ketara dan memantapkan lagi peranan mereka dalam menjalankan tugas di luar negara.
IDFR mengucapkan selamat maju jaga diucapkan kepada semua peserta!