Jumaat, 14 Mac 2025

faq  contact us  feedback  Peta laman

Majlis Perasmian DiD 2023

DiDOpening2023 main

Seramai 18 peserta telah memulakan pembelajaran Diploma in Diplomacy (DiD) 2023 pada majlis perasmian yang berlangsung pada 8 Mei 2023 di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR). YBhg. Dato’ Dr. Shazelina Zainul Abidin, Ketua Pengarah IDFR ketika itu memulakan majlis dengan ucapan yang memberi inspirasi kepada semua peserta. Upacara angkat sumpah, lambang komitmen telah dilafazkan dan ditandatangani oleh semua peserta. Pusat-Pusat di IDFR pula telah memberi taklimat mengenai kursus bahasa asing dan bahasa Inggeris serta Perpustakaan IDFR, menambah keterujaan kepada para peserta. Majlis diakhiri dengan gambar berkumpulan dan lawatan ke premis IDFR.


Diploma in Diplomacy (DiD) merupakan program yang dilaksanakan setiap tahun di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar (IDFR) untuk mendedahkan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) muda kepada pelbagai sudut hal ehwal diplomatik dan hubungan antarabangsa sebelum ditugaskan buat pertama kali di Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara.

 DiDOpening2023 1  DiDOpening2023 2  DiDOpening2023 3

 

fbk

twt

int

tk

yt