Rabu, 05 Februari 2025

faq  contact us  feedback  Peta laman

Speech Writing Workshop 2024

sww2024 main

Pusat Diplomasi Bahasa dan Budaya (CLCD) telah menganjurkan kursus “Speech Writing Workshop” yang dijalankan pada 7- 8 Ogos 2024 di Wyndham Grand Hotel, Bangsar. Kursus yang melibatkan 20 orang peserta daripada pelbagai kementerian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran penulisan ucapan dalam kalangan pegawai kerajaan.

Peserta mendalami topik-topik penting yang meliputi struktur penulisan ucapan termasuk memahami beberapa gaya bahasa dalam penulisan ucapan, bermula dengan penggunaan anekdot sehingga mengakhiri ucapan dengan persoalan untuk menghasilkan penulisan ucapan yang berkualiti dan berimpak tinggi. Setiap peserta berupaya memaksimumkan manfaat berkursus kerana berpeluang menjalani sesi praktikal dan bimbingan secara individu bersama panel bertauliah, Dato’ Dr Fauziah Mohd Taib dan Dato’ Dr. Shazelina Zainul Abidin.

Kursus ini turut menjadi platform bagi mengenal pasti dan mengatasi kelemahan penulisan peserta menerusi maklum balas panel jemputan. Kursus ini diakhiri dengan penyerahan sijil kepada semua peserta. Para peserta yang terlibat memberi maklum balas yang positif terhadap kursus yang disertai.

            sww2024 1   sww2024 2   sww2024 3

fbk

twt

int

tk

yt