Rabu, 05 Februari 2025

faq  contact us  feedback  Peta laman

Ceramah “Pembangunan Kapasiti: Penerokaan Peluang Pengajian Siswazah di Universiti Putra Malaysia untuk Kakitangan IDFR”

upm2024 main

IDFR dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan sesi ceramah bertajuk “Pembangunan Kapasiti: Penerokaan Peluang Pengajian Siswazah di Universiti Putra Malaysia untuk Kakitangan IDFR” pada 19 Julai 2024 bertempat di Bilik Triti, IDFR.

Ceramah ini bertujuan menggalakkan kakitangan IDFR untuk meningkatkan kapasiti mereka menerusi program siswazah dalam bidang diplomasi dan hubungan antarabangsa serta bidang-bidang lain yang berkaitan. Ceramah ini menyokong misi IDFR untuk meningkatkan kecekapan dan profesionalisme kakitangan melalui peningkatan pengetahuan, kemahiran analitikal, dan lain-lain kemahiran yang berkaitan.

Lima orang pensyarah UPM telah dijemput dengan diketuai oleh Profesor Madya Dr Zainal Madon, Timbalan Dekan (Pengajian Siswazah dan Jaringan Industri & Masyarakat) telah berkongsikan ruang dan peluang untuk menyambung pengajian di peringkat Sarjana dan PhD di UPM kepada kakitangan IDFR. Dalam perkongsian tersebut, pihak UPM mendedahkan tentang jenis-jenis kursus yang boleh diambil di peringkat sarjana dan PhD sama ada secara sambilan mahupun sepenuh masa. Bukan sahaja kos pengajian dan proses pendaftaran kursus dikongsikan, bahkan turut dikongsikan juga silibus-silibus pengajian yang akan diikuti bagi setiap kursus yang ditawarkan. Perkongsian tersebut sangat menarik kerana ia mewujudkan kesedaran kepada para peserta tentang kepentingan untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi demi membina masa hadapan yang lebih baik.

Sesi soal jawab dengan peserta berlangsung dengan baik apabila ada peserta yang juga merupakan kakitangan IDFR bertanyakan soalan yang lebih mendalam tentang kandungan kursus yang ditawarkan serta cabang-cabang pekerjaan yang sesuai berdasarkan jenis kursus yang diambil.

Program diakhiri dengan sesi bergambar bersama penceramah dan kesemua peserta yang kemudian disusuli dengan jamuan ringan.

         upm2024 1  upm2024 2  upm2024 3

fbk

twt

int

tk

yt