Jumaat, 31 Januari 2025

faq  contact us  feedback  Peta laman

SiMPLE (Program Pemantapan Bahasa Penguasaan Bahasa Melayu Khas) Siri 2/2024

SIMPLE main

Pusat Diplomasi Bahasa dan Budaya (CLCD) baru-baru ini telah menganjurkan Siri Kedua SiMPLE (Program Pemantapan Bahasa Penguasaan Bahasa Melayu Khas) 2024, yang ditujukan kepada Kakitangan Ambilan Tempatan (KAT) di misi diplomatik Malaysia di luar negara. Program ini bertujuan untuk memberikan peserta Kemahiran asas Bahasa Melayu bagi membantu melaksanakan tugas harian di misi dengan lebih efektif.

Program ini telah berlangsung dari 3 September hingga 19 November 2024, dengan penyertaan seramai 23 orang peserta daripada 10 misi, termasuk Berlin, Brussels, Budapest, Dublin, Helsinki, Madrid, Rome, Stockholm, Paris, dan Warsaw. Sesi program ini telah dijalankan pada hari Selasa dan Khamis melalui aplikasi dalam talian Zoom, dari pukul 5:00 hingga 7:00 petang (waktu Malaysia). Program yang berjumlah 42 jam ini merangkumi elemen asas Bahasa Melayu seperti sistem bunyi bahasa Melayu, sapaan, pengenalan diri dan topik perbualan ringan mengenai makanan, cuaca, arah, nombor, serta pembacaan teks Melayu dan pengisian borang rasmi. Selain daripada sesi latihan dalam talian, peserta juga turut berpeluang menyertai sesi simulasi seperti lakonan dan perbincangan interaktif.

Setelah tamat program, para peserta telah menzahirkan rasa puas hati terhadap kemahiran baharu yang diperoleh dalam suasana pembelajaran yang interaktif. Hal ini telah mendorong mereka untuk mempraktikkan ilmu tersebut dalam perkhidmatan mereka di misi Malaysia di luar negara. Pada 12 Disember 2024, Dato' Syed Bakri Syed Abdul Rahman, Ketua Pengarah IDFR, telah menyampaikan ucapan penutup serta menganugerahkan Sijil Penyertaan dan Sijil Tamat Kursus kepada semua peserta melalui aplikasi dalam talian Zoom.

             SIMPLE 1   SIMPLE2 SIMPLE 3 

fbk

twt

int

tk

yt