Isnin, 24 Februari 2025

faq  contact us  feedback  Peta laman

Kursus Induksi Diplomat Asing di Malaysia – Budaya dan Identiti Malaysia (MCI)

mci2025 main

Pusat Diplomasi Bahasa dan Kebudayaan (CLCD), Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR) telah mengadakan kursus Induksi Diplomat Asing di Malaysia – Budaya dan Identiti Malaysia (MCI) bermula dari 22 hingga 23 Januari 2025.


Kursus MCI bertujuan memberikan gambaran menyeluruh berkaitan landskap budaya, politik dan diplomasi Malaysia kepada diplomat dan pegawai yang pertama kali berkhidmat di Malaysia. Para peserta mewakili negara dan organisasi seperti Venezuela, Rusia, Namibia, Bangladesh, Belanda, Iraq, Misi Kanada ke ASEAN (Jakarta), Tabung Penduduk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFPA), Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), dan Tabung Kecemasan Kanak-kanak Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) yang telah ditempatkan di Malaysia untuk tempoh antara beberapa minggu hingga lebih setahun.


Kursus ini menampilkan modul interaktif yang meliputi topik-topik utama, termasuk Wisma Putra dan diplomasi Malaysia, protokol Malaysia, politik Malaysia, budaya bekerja di Malaysia, dan landskap Akhbar dan Media. Disampaikan oleh penceramah berpengalaman, setiap sesi berjaya memberi pendedahan serta mengungkap pengalaman kehidupan berkerja dalam bidang diplomatik di Malaysia. Para peserta memberikan maklum balas positif terhadap kursus ini dalam mengharungi budaya kerja dan kehidupan di Malaysia.


Program diakhiri dengan majlis penutup pada 23 Januari 2025 di Bilik Makan VIP, IDFR. Dalam ucapan penutupnya, Ketua Pengarah IDFR, Dato' Syed Bakri Syed Abdul Rahman, mengucapkan tahniah kepada para peserta dan menekankan kepentingan untuk mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam tentang Malaysia semasa mereka memulakan tugasan diplomatik mereka. Beliau menggalakkan para peserta agar menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh semasa kursus, menekankan nilai rasa hormat, empati, dan komunikasi yang berkesan dalam penglibatan diplomatik di Malaysia. Dato' Syed Bakri juga menyampaikan sijil kepada para peserta sebagai tanda tamat kursus serta permulaan perkhidmatan diplomatik yang lebih bermakna di Malaysia.

                      mci2025 1  mci2025 2  mci2025 3 

Disediakan oleh:
Cik Noor Bethrisya Mohd Shamirizal
Pusat Diplomasi Bahasa dan Budaya (CLCD)

fbk

twt

int

tk

yt