Khamis, 03 Julai 2025

faq  contact us  feedback  Peta laman

Malaysian Technical Cooperation Programme (MTCP): Diplomatic Training Course For International Participants

mtcp2025 main

Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR) telah menjalankan Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP): Diplomatic Training Course for International Participants bermula dari 24 Mei sehingga 4 Jun 2025. Seramai tiga belas (13) pegawai diplomatik dari Bangladesh, Bhutan, Cambodia, Cuba, Egypt, India, Kenya, Laos, Morocco, Nepal, Senegal, Tajikistan, dan Timor-Leste telah menghadiri kursus ini di Kuala Lumpur. 

Sepanjang tempoh kursus, para peserta didedahkan dengan pemahaman komprehensif tentang diplomasi dan kemahiran praktikal daripada penceramah berpengalaman berkenaan modul seperti Introduction to Malaysia; Introduction to MTCP; Malaysia’s Foreign Policy; Malaysia’s Bilateral and Multilateral Diplomacy Practices; Malaysia and ASEAN; Role of Public Diplomacy in Foreign Policy; Strategic Leadership and Quality Management; Mastering the Art of Communication Through Traditional and New Media; Case Presentations on Effective Media Communication; International Negotiations; dan Protocol Practices and Diplomatic Etiquette. 

Selain sesi pembelajaran di kelas, para peserta telah dibawa merasai pengalaman di Malaysia melalui satu siri lawatan sambil belajar ke pusat pentadbiran dan mercu tanda terkenal di Putrajaya dan Kuala Lumpur, seperti Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Batu Caves, Menara KL, Monumen Negara, Pasar Besar, dan mendapatkan pengalaman gastronomi tempatan di Restoran Rebung oleh Dato’ Chef Ismail. 

Para peserta juga berkesempatan melawat Kota Bersejarah Melaka, yang diketuai oleh Puan Maslina Ngah Mamud, Pengarah, Pusat Kajian Politik dan Diplomasi Ekonomi, IDFR. Semasa lawatan itu, mereka telah diberi pendedahan tentang usaha pembangunan pentadbiran, ekonomi dan sosial negeri tesebut melalui taklimat serta sesi networking yang melibatkan pegawai dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka. Di samping itu, para peserta berpeluang melawati Studio Warisan Malaysia, menikmati masakan Peranakan di Restoran Kampung Baba Nyonya, dan melawat tempat-tempat menarik seperti A Famosa, Bukit St. Paul, Dataran Belanda (Dataran Merah), dan melayari Sungai Melaka.  

Pada sepanjang tempoh kursus, para peserta telah menunjukkan komitmen yang konsisten, penglibatan yang aktif sepanjang sesi serta memberikan maklum balas positif mengenai program. Bagi meraikan kejayaan peserta menamatkan kursus, Majlis Penutupan dan Penyampaian Sijil telah diadakan semasa hari terakhir kursus. Turut hadir semasa majlis itu ialah PYT Yadira Ledesma Hernández (Duta Besar Cuba); TYT Karim Mohamed Elsadat AbdelKarim AbdelKhalek (Duta Besar Mesir);

Encik Ndiaye Sour Diouf (Charge d’Affaires/Kaunselor Kedua Senegal); Encik Sonemixay Xaysongkham (Timbalan Ketua Misi Laos PDR); Cik Shahanara Monica (Menteri Suruhanjaya Tinggi Bangladesh) serta wakil dari kedutaan Kenya, Maghribi, Senegal, Tajikistan dan Timor-Leste bagi meraikan para peserta yang berjaya menamatkan kursus ini. 

 

              mtcp2025 1 mtcp2025 2 mtcp2025 3

 

Disediakan oleh: 
Cik Hanun Insyirah Ishak dan Cik Aida Yasmin Azhar 
Pusat Kajian Politik dan Diplomasi Ekonomi (PSED)

fbk

twt

int

tk

yt