Sabtu, 08 November 2025

faq  contact us  feedback  Peta laman

Be Grammar Smart

 BGS main

Pusat Diplomasi Bahasa dan Budaya (CLCD) telah menamatkan kursus Bahasa Inggeris bertajuk, “Be Grammar Smart”, di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR) pada 9 - 11 September 2025. Memandangkan penggunaan tatabahasa yang betul amat penting bagi mencegah berlakunya salah faham atau konflik, kursus ini dianjurkan dengan tujuan untuk meningkatkan pengetahuan peserta mengenai penggunaan tatabahasa yang sesuai bagi situasi formal. Justeru itu, bagi membantu mereka, kursus ini menjalankan pelbagai simulasi, membolehkan para peserta untuk berlatih menggunakan struktur tatabahasa yang sesuai dan tepat dalam pertuturan dan penulisan di tempat kerja.


Pegawai kerajaan yang menyertai kursus tersebut terdiri daripada pelbagai kementerian dan agensi, iaitu Kementerian Luar Negeri (KLN) Jabatan Pertanian, Hospital Taiping, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA), Jabatan Peguam Negara Cawangan Negeri Sabah, Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA), Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Alor Gajah, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Jabatan Audit Negara, Jabatan Perhilitan Semenanjung Malaysia, Arkib Negara, Kementerian Kewangan, Pejabat Pendidikan Daerah Sentul dan Pusat Geospatial Negara.


Penggabungan kedua-dua kuliah teori dan praktikal memberi peluang kepada para peserta menggunakan tatabahasa yang tepat untuk mengutarakan pandangan mereka dengan lebih yakin dalam bentuk bertulis dan lisan dengan jayanya.

 

 BGS 1 BGS 2 BGS 3

tk

twt

fbk

yt

int