
Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR) telah menganjurkan kursus Leadership Course for Mid-Level Officers dari 7 hingga 9 Oktober 2025 dengan jayanya. Kursus ini direka secara eksklusif untuk pegawai kerajaan peringkat pertengahan dalam memastikan kesediaan mereka untuk memikul tanggungjawab dan matlamat kepimpinan yang lebih besar.
Dianjurkan oleh Pusat Kepimpinan, Perundingan dan Diplomasi Awam (LNPD) di Hotel Premiera Kuala Lumpur, kursus ini menghimpunkan dua puluh tujuh peserta dinamik dari pelbagai Kementerian dan Agensi. Mereka adalah wakil daripada Kementerian Luar Negeri, Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Ekonomi, Kementerian Pendidikan, Kementerian Perpaduan Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Kementerian Perladangan dan Komoditi, Kementerian Belia dan Sukan, dan Kementerian Kesihatan. Semangat dan penglibatan aktif mereka sepanjang sesi adalah dipuji.
Kursus ini bertujuan untuk membangunkan kecekapan kepimpinan yang penting bagi memperkasakan peserta dalam memaksimumkan potensi dan keberkesanan kepimpinan mereka, membolehkan mereka meningkatkan pertumbuhan profesional dan memberi sumbangan bermakna kepada organisasi masing-masing. Melalui gabungan pengetahuan teori dan aplikasi praktikal, termasuk kajian kes, sesi perkongsian pengalaman oleh pemain industri, latihan main peranan, dan bengkel interaktif, peserta dapat meningkatkan kemahiran komunikasi dan interpersonal mereka serta membina keyakinan dalam kepinpinan.
Kesimpulannya, kursus transformatif ini melengkapkan pemimpin dengan kecekapan kepimpinan.

