Jumaat, 31 Januari 2025

faq  contact us  feedback  Peta laman

"It Was Not Merely The Mountain That We Conquered, But That Of Ourselves"

 

Pada tarikh 14 Disember 2010, dua puluh peserta Diploma in Diplomacy 2 (DiD2) diiringi oleh tiga orang pegawai telah berjaya menakluki puncak Gunung Kinabalu berketinggian 4,095.2 meter yang merupakan gunung tertinggi di Asia Tenggara. Gunung Kinabalu juga merupakan tapak warisan UNESCO yang pertama di Malaysia.

Ekspedisi Gunung Kinabalu tersebut telah diketuai oleh Y. Bhg. Amb. Abdullah Faiz Zain, Cik Romaiza Abd Rahman dan En. Haris Syarwani Razali. Ekspedisi tersebut merupakan sebahagian daripada program DiD2 yang diharapkan akan menjadi aktiviti tahunan untuk siri-siri DiD yang akan datang.

Peserta-peserta DiD2 yang telah menyertai ekpedisi tersebut adalah Abdul Razak Sharif, Ahmad Fikri Zakian, Ahmad Shamsul Bahari Ismail, Al-Fadil Adam, Amir Farid Dato’ Abu Hassan, Anis Wajdi Mohd Yusoof, Astar Kumaroov Mohammad, Hana Nordin, Ilham Nursyiqim Rosli, Maebel Leong Sai Fong, Mohamad Haris Abdul Latiff, Mohamed Ariff Mohamed Ali, Muhammad Ridzuan Abu Yazid, Neevia Kurup Sukumaran, Nordiana Zin Zawawi, Nur Nadiah Hidayat, Sharmini Devi Gopal, Siti Fatma Omar, Subashini Kamarapullai dan Wan Iskandar Wan Adnan. 

Selepas kejayaan mendaki Gunung Kinabalu, salah seorang peserta telah mengatakan bahawa berada di tengah-tengah kesibukan bandaraya Kuala Lumpur sepanjang masa telah membuatkan kita lupa akan kewujudan Sabah; negeri di bawah bayu. 

Para pendaki telah berjaya menempuhi cuaca sejuk, trek berbatu dan curam untuk tiba ke puncak Gunung Kinabalu yang hanya berjaya dicapai oleh segelintir pendaki sahaja. Ekspedisi pendakian telah bermula seawal jam 2:00 pagi dengan keadaan hari yang sejuk dan gelap lengkap dengan peralatan dan kelengkapan yang diperlukan. Walaupun hari gelap, misi pendakian adalah jelas; untuk mencapai puncak gunung dan untuk menikmati pemandangan matahari terbit.

Pengalaman tersebut telah terukir dalam fikiran semua pendaki sebagai “it was not the mountain that we conquered, but that of ourselves”.

Antara aktiviti lain yang telah dijalankan di Sabah adalah kunjungan hormat oleh peserta DiD2 yang dipimpin oleh Y. Bhg. Dato 'Ku Jaafar Ku Shaari, Ketua Pengarah IDFR, ke atas Datuk Yahya Hussein, Naib Ketua Menteri Sabah. Peserta DiD2 juga telah menghadiri sesi taklimat oleh Datuk Ismail Abdullah, Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Sabah, mengenai Pembangunan Ekonomi Negeri Sabah. Selain itu, para peserta juga telah mengadakan satu Lawatan Akademik ke Universiti Malaysia Sabah di mana mereka telah menghadiri sesi penerangan oleh Y. Bhg. Brig. Jen. Prof Datuk Seri Panglima Dr. Kamaruzaman Hj. Ampon, Timbalan Canselor Y.B. Datuk Dr. Yee Moh Chai, Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah juga telah menganjurkan jamuan makan tengah hari bagi para peserta DiD2.

Lain-lain Berita Terkini


{module Berita Terkini}

fbk

twt

int

tk

yt