Jumaat, 31 Januari 2025

faq  contact us  feedback  Peta laman

Seminar "Indonesia dan Kepengerusian ASEAN 2011 : Keutamaan dan Prospek"

Tanggal 27 April 2011 telah menandakan satu lagi kemajuan yang dicapai oleh pihak IDFR yang mana Ketua Pengarahnya, Dato’ Ku Jaafar Ku Shaari telah memberikan ucapan bertajuk "ASEAN Beyond 2015" di Traders Hotel Singapura. Seminar satu hari yang bertajuk “Indonesia and the 2011 ASEAN Chairmanship: Priorities and Prospects” , dianjurkan oleh Rajaratnam School of International Studies Singapore (RSIS), Center for Strategic and International Studies in Jakarta (CSIS) dan The Asia Foundation (TAF). Seminar yang berlangsung dengan tiga sesi khusus turut membincangkan masa depan dan kepentingan ASEAN dalam bidang ekonomi, politik, keselamatan dan ASEAN menjelang dan selepas tahun 2015.

Seminar ini berjaya mengumpulkan pegawai rasmi, para akademik dan ahli pemikir dari pelbagai institusi, seperti The Institute of Southeast Asian Studies, Ministry of Foreign Affairs both from Thailand and Indonesia, The Diplomatic Academy of Vietnam, Nanyang Technological University Singapore and Center for Strategic and International Studies Indonesia dan Asia Economic Cooperation, Singapore. Bermatlamat untuk mendapatkan analisa dan maklumbalas daripada perbincangan yang diadakan, seminar ini juga membuahkan pandangan terperinci terhadap perkembangan kepentingan Asia Tenggara di arena global dan peluang-peluang penambahbaikan terhadap pembentukan Komuniti ASEAN pada tahun 2015.

Pada sesi ketiga, Dato’ Ku Jaafar menarik perhatian pendengar kepada topik "ASEAN Beyond 2015". Antara isu-isu yang diketengahkan termasuk perlunya negara-negara ASEAN meneruskan usaha-usaha untuk menjadi lebih prograsif, maju dan bersatu sebagai satu entiti di rantau ini ke arah menuju tahun 2015 dan selanjutnya.  Pada pandangan beliau, ASEAN juga perlu menjalankan lebih banyak program untuk mengajar dan memberi pendedahan kepada golongan muda terhadap aktiviti dan program ASEAN melalui penglibatan media dan dunia siber. Dato’ Ku Jaafar juga telah mengutarakan isu kepentingan untuk mengadakan koordinasi dan kerjasama yang memerlukan komitmen yang lebih jitu daripada ahli-ahli negara ASEAN untuk membentuk ekonomi ASEAN yang lebih berdaya saing. ASEAN juga seharusnya memupuk semangat kerjasama untuk memastikan langkah-langkah positif di ambil terhadap perkembangan ekonomi, politik, keselamatan dan sosial yang akan mendatangkan kebaikan dan manfaat kepada ahli-ahlinya menjelang dan selepas tahun 2015.

Secara amnya, ketiga-tiga sesi yang diadakan telah memberi perbincangan yang amat baik dan bermanfaat terhadap isu-isu kepentingan ASEAN dalam bidang ekonomi, politik, keselamatan dan sosial di rantau ini. IDFR akan terus menyertai penganjuran sedemikian dan berharap untuk mengadakan kolaborasi dengan The Rajaratnam School of International Studies in Singapore (RSIS), Center for Strategic and International Studies in Jakarta (CSIS) dan The Asia Foundation (TAF) pada masa hadapan. 

 

Lain-Lain Berita Terkini 


{module Berita Terkini}

 

fbk

twt

int

tk

yt