Pada 28 Mac 2011, IDFR telah menerima lawatan delegasi dari Saronrom Institute of Foreign Affairs (SIFA) dan Devawongse Varopakarn Institute of Foreign Affairs (DVIFA) yang diketuai oleh H.E. Wiwat Kunthonthien dari Kementerian Luar Negara Thailand. Mereka diiringi oleh dua pegawai kanan dari Kedutaan Thailand di Kuala Lumpur.
Delegasi tersebut disambut oleh Y.Bhg Dato' Ku Jaafar Ku Shaari (Ketua Pengarah IDFR), Amb. Abdullah Faiz Zain (Timbalan Ketua Pengarah IDFR) dan pegawai-pegawai kanan IDFR yang lain. H.E. Wiwat Kunthonthien menyatakan tujuan lawatan mereka untuk mempelajari pengalaman IDFR dalam bidang latihan diplomatik dan berkongsi idea serta pendapat diantara kedua-dua pihak. Lawatan tersebut berakhir setelah pihak delegasi berkenaan membuat lawatan di sekitar kampus IDFR.
Semasa perbincangan itu, kedua-dua pihak bersetuju untuk bekerjasama dengan lebih rapat, diantara IDFR dengan SIFA dalam bidang latihan diplomatik. IDFR juga bersetuju untuk meneliti draf Memorandum Persefahaman (MoU) yang akan disediakan oleh pihak SIFA dalam usaha mewujudkan kerjasama di antara kedua-dua institusi.
Lain-Lain Berita Terkini
{module Berita Terkini}