Rabu, 05 Februari 2025

faq  contact us  feedback  Peta laman

Lawatan Sambil Belajar ke USS George Washington CVN-73

lwtn_portklang1201

Seramai 25 kakitangan IDFR telah dijemput oleh Kedutaan Besar Amerika Syarikat di Kuala Lumpur untuk membuat lawatan sambil belajar ke atas kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat yang dikenali sebagai USS George Washington CVN-73 pada 10 Oktober 2012. Dengan had kelajuan melebihi 30 knot, kapal pengangkut berkuasa nuklear tersebut boleh membawa 75 pesawat dengan sejumlah 97,000 tan muatan peralatan ketenteraan setiap pelayaran.

Lawatan tersebut merupakan peluang sekali seumur hidup bagi kakitangan IDFR, lebih-lebih lagi bagi saya, kerana dapat turut serta dan merasai sendiri aura kehebatan kapal pengangkut tersebut yang berlabuh di Pelabuhan Klang selama empat hari. Kehadiran kami telah disambut baik oleh anak kapal Tentera Laut Amerika Syarikat di mana kami turut dibawa melawat sekitar kapal tersebut dan diberi penerangan tentang latar belakang dan fungsinya serta rutin anak kapalnya.

Seterusnya, kami berasa amat teruja ketika diberi penerangan berkenaan pesawat di atas dek tersebut dan turut kagum apabila dimaklumkan bahawa terdapat dalam kalangan anak kapal tersebut yang telah memulakan perkhidmatan mereka sejak berumur 19 tahun lagi. Kami juga berasa bangga apabila diberitahu kami sedang berada di atas salah sebuah kapal Tentera Laut Amerika Syarikat yang terhebat, yang turut ditampilkan di dalam filem yang mendapat sambutan ramai iaitu Battleship.

lwtn_portklang1202 lwtn_portklang1203 lwtn_portklang1204


Dilaporkan oleh Afifi Nordin
Pelajar Pelatih IDFR
Jurusan Pengurusan Hal-Ehwal Antarabangsa
Universiti Utara Malaysia

fbk

twt

int

tk

yt