Rabu, 05 Februari 2025

faq  contact us  feedback  Peta laman

Penutupan Kursus Latihan Diplomatik untuk Peserta Antarabangsa Siri 2/2012

dtc1201

Pada 19 Oktober 2012 bersamaan hari Jumaat yang lepas, Majlis Penutupan dan Penyampaian Sijil kepada seramai 24 peserta bagi kursus Diplomatic Training Course siri 2/2012 telah disambut dengan meriah dan penuh bersejarah. Majlis Penutupan itu dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Ku Jaafar Ku Shaari, Ketua Pengarah IDFR dan dihadiri oleh beberapa Duta Besar, Pesuruhjaya Tinggi dan wakil – wakil daripada Kedutaan dan Pesuruhjaya Tinggi masing-masing. Kursus siri kedua yang diadakan pada tahun ini dikendalikan di bawah tajaan Malaysian Technical Cooperation Programme (MTCP) bertujuan untuk membantu negara-negara sedang membangun. Para  peserta kali ini adalah terdiri daripada negara seperti, Afghanistan, Azerbaijan, Cambodia, Indonesia, Jordan, Laos DPR, Liberia (pertama kali), Mauritius, Myanmar, Oman, Pakistan, Papua New Guinea, Sri Lanka, Tanzania, Thailand, Tunisia (pertama kali), Turkmenistan, Uganda, Uzbekistan, Vietnam dan Yemen.

Sesungguhnya, para pegawai muda diplomatik ini melahirkan rasa bangga dan terima kasih yang tidak tehingga kerana diberi peluang untuk menghadiri kursus ini dan yang mana mereka telah menimba ilmu dan berkongsi pengalaman bersama para pensyarah dan penceramah. Kursus ini telah direka bukan sahaja untuk memberi pengetahuan dalam suasana bilik darjah tetapi pembelajaran turut melibatkan lawatan sambil belajar ke pelbagai kementerian dan agensi-agensi kerajaan di sekitar bandaraya dan juga di Putrajaya. Selain itu juga, para peserta juga telah dibawa melawat ke Negeri Melaka dan Johor di mana mereka telah diberi taklimat mengenai industri pelancongan negeri Melaka dan Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA). Para peserta merasa kagum dengan pertumbuhan pesat dan pembangunan negara ini sejak kemerdekaannya pada tahun 1957.

Secara keseluruhannya, para peserta Kursus DTC telah menimba sebanyak mungkin ilmu pengetahuan melalui program dan modul yang dirancang sesuai dengan standard dan keperluan dalam memberi persediaan kepada para pegawai muda untuk berdepan dengan cabaran global kini. Mesej ini telah disampaikan oleh Ketua Pengarah semasa Majlis Welcoming Dinner kepada para peserta kursus di salah sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur. Para peserta merasa syukur kerana kursus ini telah menjadikan mereka lebih bersedia dan dilengkapi dengan pengetahuan yang bersesuaian pada masa kini dalam berdepan dengan diaspora diplomatik.
  

fbk

twt

int

tk

yt