Dua pegawai yang lulus dengan Kepujian Diploma Penterjemahan Profesional - Modul Komunikasi Umum anjuran Persatuan Penterjemah Malaysia dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah menerima diploma mereka di satu majlis yang diadakan pada hari Sabtu, 15 Disember 2012.
Puan Alina Murni Md. Isa dan Puan Noraini Awang Nong telah menerima diploma profesional mereka daripada Dato’ Dr. Md. Salleh Yaapar, Pengerusi Ahli Lembaga Pengelola DBP, bersama peserta kursus yang lain. Turut hadir untuk menerima diploma mereka merupakan para peserta dari Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan yang telah menamatkan modul Undang-undang.
Majlis tersebut berlangsung sebelum Mesyuarat Agung ke-31 Persatuan Penterjemah Malaysia di Swiss Garden Hotel and Residences.
Reported by : Noraini Awang Nong
Bahagian Akademik, Penyelidikan dan Penerbitan/p>