Rabu, 05 Februari 2025

faq  contact us  feedback  Peta laman

Hari Inovasi Dewan Bahasa dan Pustaka 2012

hari_inovasi_dbp

Hari Inovasi Dewan Bahasa dan Pustaka 2012 telah diadakan pada 20 Disember 2012 di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Majlis ini dirasmikan oleh YB Senator Dato' Maznah binti Mazlan, Timbalan Menteri Sumber Manusia. Turut hadir pada majlis berkenaan ialah YBhg. Dr Awang bin Sariyan, Ketua Pengarah DBP, Encik Kamarul Zaman bin Shaharudin, Timbalan Ketua Pengarah DBP, Jabatan Pengarah, Ketua-ketua Bahagian dan Pengarah Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta tetamu kehormat.

Objektif majlis ini adalah untuk menggalakkan inovasi di kalangan pegawai dan kakitangan DBP serta melancarkan Hari Inovasi Dewan Bahasa dan Pustaka 2012. Penyampaian anugerah dan sijil juga diberikan kepada kakitangan Dewan Bahasa dan Pustaka bagi meraikan penghargaan dan pengiktirafan terhadap sumbangan mereka dalam pelbagai aspek terutama dari segi kreativiti dan inovasi.

Kemuncak majlis ini adalah ucapan oleh YB Senator Dato’ Maznah binti Mazlan. Beliau menekankan tentang kepentingan memelihara Bahasa Melayu dengan menggalakkan kakitangan untuk bertutur dalam Bahasa Melayu yang betul dan tidak mencampuraduk dengan Bahasa Inggeris.

Institut Diplomasi dan Hubungan Luar (IDFR) telah diwakili oleh Cik Shereena Kamarulzaman, pegawai pelatih di Bahagian Pengajian Akademik, Penyelidikan dan Penerbitan.

Dilaporkan oleh: Shereena Kamarulzaman
Bahagian Pengajian Akademik, Penyelidikan dan Penerbitan

fbk

twt

int

tk

yt