Jumaat, 14 Mac 2025

faq  contact us  feedback  Peta laman

Perhimpunan Bulanan Bersama-sama Menteri dan Timbalan Menteri Kementerian Luar Negeri

assemblyjune_2013

Perhimpunan bulanan Wisma Putra untuk bulan Jun diadakan di Dewan Serbaguna Wisma Putra pada 6 Jun 2013. Timbalan Menteri Luar Negeri, pegawai-pegawai kanan, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai serta kakitangan Kementerian telah menghadiri perhimpunan tersebut. Perhimpunan dimulakan dengan bacaan doa, ikrar perkhidmatan awam oleh kesemua yang hadir, nyanyian Lagu Kebangsaan dan Wisma Putra. Seterusnya, penyampaian amanat oleh Yang Berhotmat Dato' Sri Anifah Haji Aman, Menteri Luar Negeri.

Yang Berhormat Dato' Sri Anifah Haji Aman telah menyampaikan penghargaan kepada Perdana Menteri di atas kepercayaan sekali lagi kepada beliau untuk menerajui Kementerian Luar Negeri selepas Pilihan Raya Umum ke-13. Menteri Luar Negeri juga mengucapkan tahniah dan mengalu-alukan Timbalan Menteri Luar Negeri yang baru, Yang Berhormat Dato' Hamzah bin Zainudin. Beliau melahirkan harapan agar semua kakitangan Wisma Putra dapat mengekalkan ketekunan dan semangat bekerja keras sebagaimana yang telah ditunjukkan pada tahun-tahun sebelumnya dan juga untuk terus meningkatkan kemahiran, pengetahuan dan sikap untuk bertindak secara proaktif dan responsif terhadap permintaan yang semakin meningkat daripada para stakeholder dan pelanggan.

Perhimpunan itu berakhir dengan penyampian Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada penerima-penerima anugerah dan jamuan ringan.

assemblyjune_2013_2

Foto oleh : Wisma Putra

fbk

twt

int

tk

yt