Rabu, 05 Februari 2025

faq  contact us  feedback  Peta laman

Bengkel Pelan Strategik ICT (ISP), IDFR 2013 – 2015 (Siri 2)

isp_bengkel2


Seksyen Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) telah mengendalikan Bengkel Pelan Strategik ICT (ISP) IDFR, 2013 – 2015 (Siri 2) pada 27 hingga 29 Jun 2013, bertempat di Berjaya Hills Golf & Country Club, Bukit Tinggi, Pahang.  

Bengkel  tersebut dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Ku Jaafar Ku Shaari, Ketua Pengarah IDFR, merupakan kesinambungan daripada Bengkel ISP (Siri I) yang diadakan pada 7 hingga 8 Mei 2013. Bengkel tiga hari tersebut dihadiri oleh dua puluh enam (26) pegawai dari semua Bahagian di IDFR dan dibantu oleh dua (2) wakil daripada Pasukan Perunding ISP MAMPU iaitu YBhg. Dato’ Dr. Zahari Othman dan Puan Sukhaila Angsor yang bertindak sebagai fasilitator bengkel.

Objektif bengkel diadakan adalah:

i.    Mengenal pasti dan menyenaraikan inisiatif dan program ICT;
ii.   Mengenal pasti dan merancang pelan tindakan ICT; dan
iii.  Membuat anggaran kos dan prioriti program ICT.

Bengkel tersebut berjaya mengumpul dan menghasilkan input-input yang diperlukan dalam pembangunan pelan strategik ICT di antaranya pelan tindakan, anggaran kos program yang bakal dilaksanakan dan prioriti sesuatu program.

Secara keseluruhannya, kerjasama dan komitmen yang padu daripada semua peserta terutamanya bagi sesi perbincangan dan pembentangan kumpulan amat memuaskan.  Bengkel ISP (Siri 3) dirancang diadakan pada Ogos 2013.

Dilaporkan oleh: Puan Badriyah Johari
Seksyen ICT, Bahagian Khidmat Pengurusan dan Korporat

fbk

twt

int

tk

yt