Rabu, 12 Mac 2025

faq  contact us  feedback  Peta laman

Seminar Transformasi, Inovasi dan Kreativiti di Perpustakaan

seminar_wf1301


Jawatankuasa Tetap Perpustakaan Khusus, Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) dengan kerjasama Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR) telah menganjurkan Seminar Transformasi, Inovasi dan Kreativiti  di Perpustakaan pada  8 Julai 2013 bertempat di Auditorium IDFR. 

Seminar ini bertujuan untuk berkongsi maklumat dan pengalaman mengenai amalan terbaik yang melibatkan transformasi, inovasi dan kreativiti di  perpustakaan bagi memantapkan lagi sistem penyampaian perpustakaan.

Seminar ini  telah  dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Ku Jaafar Ku Shaari, Ketua Pengarah IDFR. Berucap ketika merasmikan seminar berkenaan, beliau menegaskan Pustakawan perlu menjadi lebih kreatif dan inovatif dalam merencana program-program bagi keberkesanan perkhidmatan perpustakaan masing-masing. Turut hadir di majlis berkenaan adalah Yang DiPertua PPM, Profesor  Madya, Dr. Mohd Sharif Mohd Saad.

Sebanyak 4 buah kertas kerja telah dibentangkan oleh Pustakawan yang cemerlang dan berpengalaman dalam mentransformasikan perpustakaan masing-masing seperti berikut:

  1. Transformasi, innovasi dan  kreativiti di Pusat Sumber  Petroleum oleh En. Azhar M. Noor, Ketua Pustakawan PETRONAS
  2. Transformasi, innovasi dan kreativiti di Perpustakaan  Tuanku Syed Faizuddin Putra  oleh Pn.  Mazmin M. Akhir, Ketua Pustakawan Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP)
  3. Transformasi, innovasi dan  kreativiti di Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang oleh Pn. Shukriah Hj. Yon, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang
  4. Transformasi, innovasi dan  kreativiti di Perpustakaan Universiti  Terbuka Malaysia (OUM)  oleh En. Shahril Effendi Ibrahim, Pustakawan Kanan OUM

Seminar ini telah dihadiri oleh 83 Pustakawan dan petugas perpustakaan  daripada seluruh Malaysia.

seminar_wf1302 seminar_wf1303 seminar_wf1304      

Dilaporkan oleh: Puan Kamariah Jaafar
Seksyen Perpustakaan, Bahagian Khidmat Pengurusan dan Korporat

fbk

twt

int

tk

yt