Taklimat Data Asas Sistem Pengurusan Aset (SPA) telah diadakan pada 25 September 2013 di Makmal Komputer, Blok C, IDFR. Taklimat telah disampaikan oleh Puan Nurul Syuhada Samsu, Pegawai Teknologi Maklumat dari Bahagian Kawalan dan Pemantauan, Perbendaharaan Malaysia kepada 12 orang pegawai IDFR.
Tujuan utama taklimat ini adalah untuk memberikan penerangan terperinci berkaitan sistem dan maklumat data asas yang diperlukan dalam melaksanakan SPA. Antara maklumat asas yang ditekankan oleh beliau semasa penyampaian taklimat tersebut adalah keperluan mengenai perkara berikut:
1. Maklumat Carta Organisasi IDFR
2. Maklumat Bahagian dan Kod PTJ
3. Maklumat Kakitangan
4. Maklumat Kod Lokasi
Pada sebelah petangnya, diadakan sesi pengisian maklumat kod lokasi binaan atau bangunan ke dalam templat berdasarkan Daftar Aset Khusus (DAK) IDFR yang telah direkodkan dalam MySPATA oleh para peserta yang hadir. Pihak IDFR berharap agar SPA dapat digunakan sepenuhnya di IDFR bermula pertengahan Oktober 2013.
Dilaporkan oleh : Nik Muhd Hasbi Nik Daud
Seksyen Pentabiran, Bahagian Khidmat Pengurusan dan Korporat