Rabu, 05 Februari 2025

faq  contact us  feedback  Peta laman

Seminar Pengurusan Transformasi Organisasi

organisational tranformation1401

Tiga pegawai dari Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR) telah menghadiri seminar tersebut di  INTAN Bukit Kiara pada 18 Februari 2014.

Seminar tersebut dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Dato’ Dr. Mazlan Yusoff, Pengarah INTAN diikuti ucaptama oleh Dato’ Seri Zainal Rahim Seman, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi).

Dalam ucapan beliau, Dato’ Seri Zainal Rahim menekankan pentingnya untuk memahami transformasi dalam sebuah organisasi. Beliau berkata bahawa elemen-elemen yang perlu diubah adalah minda, sikap dan kepercayaan. Perubahan-perubahan tersebut akan mempunyai risiko tetapi turut mempunyai ganjarannya. Beliau turut menekankan bahawa “kita tidak boleh mengubah hidup kita sehingga kita mengubah sesuatu yang kita lakukan setiap hari”.

Beliau juga menyentuh tentang Strategi Lautan Biru dan menggariskan enam langkah ke arah kejayaan iaitu S-Tetapkan sasaran (Set your goal); U-Fahami apa yang diperlukan (Understand what is required); C-Teliti fakta (Check your facts); C-Wujudkan pelan yang mampu dicapai (Create your achievable plan); E-Terima cabaran (Embrace the challenge); S-Mulakan dan fokus (Start and stay focus); yang akhirnya akan membawa kepada kejayaan.

Dua topik ceramah turut disampaikan iaitu Pemacu Kejayaan Transformasi oleh Datin Siti Laila Sri Asih dari Tenaga Nasional Berhad dan Mengurus Transformasi di Era Digital oleh Encik Azman Mohd Yusof dari MAMPU.

organisational tranformation1402 organisational tranformation1403

Dilaporkan oleh: Puan Noraini Awang Nong
Bahagian Pengajian Akademik, Penyelidikan dan Penerbitan

fbk

twt

int

tk

yt