Rabu, 05 Februari 2025

faq  contact us  feedback  Peta laman

Kursus "Crisis Management Course for International Participants 2014"

crisis mgmt1401

Kursus Crisis Management Course for International Participants 2014 telah dilaksanakan dari 2 hingga 20 Jun 2014. Kursus ini telah dihadiri oleh 24 peserta dari Negara Brunei, Cambodia, Cape Verde, Congo, Cuba, Gambia, Kenya, Lao PDR, Maldives, Mexico, Morocco, Nauru, Nepal, Oman, Pakistan, Papua New Guinea, Philippines, Seychelles, Uganda dan Zimbabwe.

Objektif Kursus ini adalah (i) untuk meningkatkan pengetahuan dan pemahaman mengenai pengurusan krisis dan krisis antarabangsa dari segi teori dan praktikal (ii) untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam pelbagai teknik pengurusan krisis dan (iii) untuk menyediakan satu forum bagi pertukaran idea dan pengalaman di dalam pengurusan krisis.

Kursus yang dijalankan selama tiga (3) minggu ini mengandungi beberapa topik seperti Theory and Concept of Crisis Management, Food and Commodity Crisis, Energy Crisis, Diplomacy in Crisis Management, Economic and Global Crisis, Media Response in Crisis Management, Simulation Exercise: Media Response in Crisis Management, Strategic Thinking in Crisis Situation, Crisis Forecasting, The Law and Armed Conflict in International Crisis, Peaceful Settlement of International Disputes Through Adjudication by the International Court of Justice (ICJ), Emerging Global Environmental Crisis Adjudication by ICJ, Conflict Resolution: Respect for Diversity, Country Risk Management, Simulation: Country Risk Management, Maritime Security in Southeast Asia dan Managing Change After Crisis.

Selain itu, para peserta juga berpeluang untuk menyertai ceramah umum yang bertajuk My Experience with the International Media and the Importance of Truthful and Moderate Approach dan disampaikan oleh TYT Dr. Haris Silajdzic, Mantan Ahli Presiden dan Perdana Menteri Bosnia dan Herzegovina. Para peserta juga telah mengikuti beberapa lawatan sambil belajar seperti ke Kementerian Luar Negeri, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Perbadanan Putrajaya, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Daerah Klang), Pelancongan Malaysia, Pahang dan Wilayah Ekonomi Pantai Timur, Kuantan (ECER), Pahang.

 crisis mgmt1402 crisis mgmt1403

Laporan oleh: Azmah Mahmud
Bahagian Latihan

fbk

twt

int

tk

yt