Jumaat, 31 Januari 2025

faq  contact us  feedback  Peta laman

Kursus ‘Pre-Posting Orientation Course For Home Based Staff And Spouses’ Di Bawah Sistem Pentadbiran Kerajaan Malaysia Di Luar Negeri (SPKM) Bagi Pegawai 41 Dan Ke Atas 3/2016

spkm3 main

Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR) melalui Pusat Kepimpinan, Perundingan dan Diplomasi Awam telah menganjurkan kursus SPKM: Pre-Posting Orientation Course for Home-Based Staff (Gred 41 dan ke atas), bermula dari 16 hingga 27 Mei 2016 bagi Siri ke-3.

Seramai 29 orang pegawai dan 18 pasangan daripada 14 kementerian dan agensi/jabatan kerajaan telah menghadiri kursus tersebut. Sepanjang 2 minggu kursus, para peserta telah didedahkan dengan polisi, peraturan serta kemahiran-kemahiran dalam bidang diplomasi dan hubungan antarabangsa dengan penekanan yang khusus terhadap peranan dan tanggungjawab mereka di luar negara. Menerusi sesi perbincangan berkumpulan, sesi interaktif bersama penceramah dan juga latihan simulasi, para peserta telah dilengkapkan dengan kemahiran yang penting dalam meningkatkan keupayaan mereka untuk menjalankan tanggungawab secara efektif dan berkesan.

Kursus ini juga menjadi platform bagi para peserta berkongsi ilmu dan pengalaman serta meluaskan rangkaian perhubungan daripada penceramah-penceramah dari sektor kerajaan mahupun swasta.

Cik Hafizah Abdullah, selaku Timbalan Pengarah bagi Pusat Kepimpinan, Perundingan dan Diplomasi Awam telah menyempurnakan Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil kepada para peserta di akhir kursus tersebut.

   spkm3 1  spkm3 2  spkm3 3

Nur Syafawani Abu Bakar
LNPD

fbk

twt

int

tk

yt