Sabtu, 01 Februari 2025

faq  contact us  feedback  Peta laman

SPKM: Kursus Orientasi Pra-Perlantikan Pegawai Dan Pasangan 4/2016

SPKM42016

Tanggal 8 hingga 12 Ogos yang lalu, telah berlangsungnya siri keempat Kursus Orientasi Pra-Perlantikan Pegawai dan Pasangan di bawah model Sistem Pentadbiran Kerajaan Malaysia di Luar Negeri (SPKM). Kursus yang menjadi tunjang di dalam modul latihan IDFR ini telah dikelolakan oleh Pusat Kepimpinan, Perundingan dan Diplomasi Awam (LNPD).Siri keempat bagi tahun 2016 ini telah disusun khusus bagi memenuhi keperluan pegawai dalam lingkungan gred 38 dan ke bawah yang bakal dihantar bertugas di luar negara. Tiga puluh satu orang pegawai berserta pasangan dari pelbagai kementerian dan cabang perkhidmatan awam telah mengikuti kursus ini. Perjalanan kursus ini dilihat telah mencapai tujuan utamanya dalam memberikan pemahaman dan pencerahan serta kemahiran tentang lapangan diplomasi dan hubungan antarabangsa. Mereka juga telah didedahkan dengan selok-belok tugas dan tanggungjawab sebagai pegawai Malaysia di luar negara.

Sepanjang lima hari berlangsungnya kursus ini, para peserta telah didedahkan dengan pelbagai topik yang telah dirangka khusus untuk mencapai objektif yang telah direncanakan; antaranya adalah Dasar Luar Malaysia, Kesedaran Rentas Budaya, Etiket Sosial, Pengurusan dan Keselamatan di Luar Negara serta Peranan Konsular di Luar Negara. Turut diberikan adalah Pencerahan tentang Ancaman Nasional oleh Southeast Asia Regional Centre for Counter Terrorism (SEARCCT).

Upacara penyampaian sijil penyertaan telah berlangsung pada hari terakhir kursus yang telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Pusat Kepimpinan, Perundingan dan Diplomasi Awam (LNPD), Cik Hafizah Abdullah.


Dilaporkan oleh:
Augustino Jude

fbk

twt

int

tk

yt