Pusat Kepimpinan, Perundingan dan Diplomasi Awam (LNPD), IDFR telah menganjurkan Kursus Perundingan Antarabangsa untuk Para Pegawai Muda, pada 21 hingga 23 Julai 2020. Kursus ini telah dirangka khusus untuk para pegawai diplomatik daripada gred perkhidmatan 41 hingga 44 untuk meningkatkan kemahiran dalam urusan perudingan, keyakinan diri dan komunikasi berkesan. Kursus ini telah dihadiri oleh 31 orang peserta dari Kementerian Luar Negeri (KLN), Jabatan Perdana Menteri (JPM), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB). Puan Shanta Nagendam telah dijemput bagi menjayakan kursus tersebut.
Kursus ini dianjurkan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para peserta akan kemahiran sebagai jururunding di peringkat antarabangsa, serta berkongsi pengalaman dan ilmu terkini mengenai perundingan antarabangsa. Kursus ini juga boleh dijadikan sebagai nilai tambah kepada kemahiran sedia ada oleh para peserta sebelum penglibatan mereka secara terus di dalam urusan perundingan serta mewakili organisasi mereka di persada antarabangsa. Encik Istaq Nadzril Abd Kader, Pengarah Komuniti Politik dan Keselamatan ASEAN, Sekretariat Kebangsaan ASEAN-Malaysia, Kementerian Luar Negeri juga turut hadir untuk menyampaikan ceramah bertajuk “Personal Experience in International Negotiation”.
Pada hari terakhir kursus, IDFR percaya bahawa setiap pegawai telah dilengkapkan dengan segala aspek pengetahuan dan persediaan untuk ditugaskan mewakili Malaysia dalam urusan dan hal ehwal perundingan antarabangsa di luar negara. YBhg. Dato’ Mohd Zamruni Khalid, Ketua Pengarah IDFR diiringi oleh Encik Hamizan Hashim, Pengarah LNPD telah menyampaikan ucapan penutup serta menyerahkan sijil penyertaan kepada para peserta semasa upacara penutup pada hari terakhir kursus tersebut.
Disediakan oleh:
Pusat Kepimpinan, Perundingan dan Diplomasi Awam (LNPD)