Sabtu, 01 Februari 2025

faq  contact us  feedback  Peta laman

Kursus Perundingan untuk Pegawai Peringkat Pertengahan

negomid1

Pusat Kepimpinan, Perundingan dan Diplomasi Awam (LNPD), IDFR, telah berjaya menganjurkan Kursus Perundingan untuk Pegawai Pertengahan bagi tahun 2021. Kursus ini telah diadakan dari 24 hingga 26 Ogos 2021 secara dalam talian. Kursus ini dianjurkan khas untuk para diplomat serta pegawai kerajaan Malaysia merangkumi Gred 48 hingga 52 yang terlibat dengan perundingan secara rasmi dan tidak rasmi bersama wakil kerajaan serta bukan kerajaan, dalam dan luar negara.

Seramai 39 peserta yang telah menghadiri kursus ini adalah terdiri daripada para pegawai daripada pelbagai kementerian, jabatan, dan agensi kerajaan Malaysia. Mereka merupakan warga Kementerian Luar Negeri, Jabatan Audit Negara, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia, Lembaga Minyak Sawit Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kementerian Pengangkutan, Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia dan Majlis Amanah Rakyat.

Kursus ini telah direka khas untuk meningkatkan pemahaman peserta mengenai langkah langkah dan pendekatan ke arah perundingan yang berkesan untuk hasil yang menguntungkan, untuk melengkapkan peserta dengan kemahiran untuk membuat persediaan, menjalankan, dan menyelesaikan perundingan dengan jayanya sama ada secara formal atau tidak formal dengan pihak kerajaan dan pihak bukan kerajaan, baik di dalam mahupun di luar negara, dan untuk memperkukuh kemahiran perundingan peserta supaya mereka dapat membina gaya perundingan peribadi mereka dalam persekitaran antarabangsa yang mencabar. Para peserta didedahkan dengan modul seperti The Principles and Process of Negotiation; Different Negotiating Types and Styles; Negotiating Mindset and Managing Emotion; Negotiation Strategies and Tactics, dan The Power of Framing and Reframing in Negotiations. Mereka juga telah berpeluang untuk berinspirasi, menggambarkan dan mencetus strategi serta peralatan yang mempertingkat dan mempengaruhi hasil yang baik melalui aktiviti-aktiviti dalam sesi Group DynamicsBreakout Session: Simulated ActivitiesGroup DiscussionGroup Presentation and Reflection, dan Negotiation Patterns: Proven Approaches.

Pengarah LNPD, Encik Hamizan Hashim telah menyampaikan ucapan penghargaan dan terima kasih khasnya kepada para penceramah kerana telah menyampaikan serta berkongsi pengalaman yang tidak ternilai kepada para peserta. Beliau turut mengucapkan tahniah kepada semua peserta atas komitmen dan penyertaan yang aktif sepanjang kursus berlangsung.

negomid2 negomid2 negomid2

Disediakan oleh:
Pusat Kepimpinan, Perundingan dan Diplomasi Awam (LNPD)

fbk

twt

int

tk

yt