Sabtu, 01 Februari 2025

faq  contact us  feedback  Peta laman

Kursus Perundingan untuk Pegawai Peringkat Pertengahan

nego20223

Pusat Kepimpinan, Perundingan dan Diplomasi Awam (LNPD) telah menganjurkan Kursus Perundingan untuk Pegawai Peringkat Pertengahan yang berlangsung dari 26 hingga 28 Julai 2022.

Dua puluh lima orang peserta Gred 48 hingga 52 yang hadir ke kursus ini terdiri daripada para pegawai dari pelbagai kementerian, jabatan, dan agensi kerajaan di Malaysia. Mereka yang terlibat adalah dari Jabatan Perdana Menteri, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Kementerian Luar Negeri, Majlis Amanah Rakyat,  Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kementerian Pendidikan, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Kementerian Pengangkutan, Kementerian Pertahanan, dan Kementerian Pengajian Tinggi.

Kursus ini direka untuk menambah baik kemampuan dan keberkesanan pegawai-pegawai kerajaan dalam pelbagai peringkat proses perundingan bagi mencapai hasil yang memberangsangkan. Kursus ini diharapkan dapat mempertingkatkan kefahaman para peserta tentang langkah dan pendekatan perundingan serta melengkapkan diri peserta dengan kemahiran dalam menyediakan, melaksanakan, dan merumuskan sesuatu perundingan. Kursus ini dijalankan melalui sesi kuliah interaktif, latihan simulasi, perbincangan berkumpulan, dan perkongsian pengalaman dengan pakar dalam bidang perundingan.

Encik Hamizan Hashim, Pengarah LNPD, telah menyampaikan ucapan penutupnya dengan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pakar yang telah menyampaikan dan berkongsi pandangan serta pengalaman yang tidak ternilai kepada para peserta. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada semua peserta atas komitmen dan penyertaan yang aktif sepanjang kursus berlangsung. Berdasarkan maklum balas para peserta, mereka telah mendapat banyak faedah daripada kursus ini dan ingin memanfaatkan pengetahuan baharu mereka di tempat kerja masing-masing.

nego20223 nego20223 nego20223

Disediakan oleh:
Pusat Kepimpinan, Perundingan dan Diplomasi Awam (LNPD)

fbk

twt

int

tk

yt