Sabtu, 01 Februari 2025

faq  contact us  feedback  Peta laman

Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP): 'Economic Diplomacy Course for International Participants 2022'

MTCPEDC4

Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR) telah menganjurkan Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP): Economic Diplomacy Course for International Participants 2022 bermula dari 15 hingga 19 Ogos 2022. Kursus selama lima hari itu telah diadakan secara maya melalui platform Google Meet dengan tujuan untuk memberi pengenalan kepada para peserta tentang amalan diplomasi di Malaysia dan juga komponen-komponen yang penting berkaitan dengan diplomasi ekonomi. Kursus tersebut dihadiri oleh 27 pegawai diplomatik dari Algeria, Bhutan, Chile, Kenya, Libya, Pakistan, Filipina, Samoa, Tajikistan dan Turkmenistan.

Dalam mendalami peranan diplomasi ekonomi dan keadaan semasa ekonomi global, kursus ini telah merangkumi pelbagai topik dan isu melalui modul seperti Malaysia’s Foreign Policy; WTO: Establishment and Challenges; Economic Diplomacy for Malaysia: Post COVID-19;  Malaysia’s International Trade Policy & Free Trade Agreement (FTA); Strategic Thinking for Return Of Investments (ROI); Country Promotion; Islamic Finance and Investments; Health Tourism Economic Opportunities; International Business Etiquette; International Negotiation; Futurism for Economy; Digital Economy; dan Ambassador Sharing Session.

IDFR amat berbesar hati menerima kehadiran penceramah jemputan dan Pakar Bidang Khusus (SMEs) sepanjang kursus berlangsung yang berkongsi kepakaran dan pengalaman mereka bersama para peserta. Antara penceramah yang terlibat adalah Dato’ Dr Shazelina Zainul Abidin (Ketua Pengarah IDFR); Cik Nurhana Muhammad Ikmal (Pengarah, Jabatan Perancangan dan Penyelarasan Dasar, Kementerian Luar Negeri); Dato' Muhammad Noor Yaacob (Bekas Duta & Wakil Tetap kepada Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO); Encik  Mohd Daud Mohd Arif, (Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Pelancongan Penjagaan Kesihatan Malaysia (MHTC); Prof. Dr. Sufian Jusoh, (Pengarah dan Profesor, Perdagangan Antarabangsa dan Pelaburan, Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa UKM); Prof Madya Dr Raja Kumar Murugesan (Ketua Penyelidikan, Fakulti Inovasi dan Teknologi, Taylor’s University); Tuan. Hj. Abdul Rahman Mohd Yusuf (International Centre for Education in Islamic Finance (INCEIF); Encik Wan Murdani Mohamad (Pengarah Pemudahcara Pelaburan, Bahagian Pelaburan Digital, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC); Encik Aznir Abdul Malek, (Bekas Pengarah Kualiti, Tenaga Nasional Berhad); Encik Nizal Mohammad; Puan Shanta Nagendram (SkillFocus Consultancy Sdn Bhd); dan Puan Norizah Yahaya (Finalspot Sdn. Bhd.).

Semua peserta telah menunjukkan penglibatan aktif dalam sesi ceramah serta perbincangan berkumpulan bersama penceramah. Maklum balas positif telah diberikan oleh para peserta tentang bagaimana kursus ini memberi manfaat yang besar kepada mereka walaupun dijalankan secara dalam talian. Kursus tersebut diakhiri dengan penyerahan Country Report oleh setiap peserta yang menggabungkan pengambilan utama (key takeaways) daripada kursus serta menerangkan potensi sumbangan negara mereka kepada Malaysia dan peluang kerjasama antara kedua-dua negara dari segi ekonomi, perdagangan, dan pelaburan.

MTCPEDC2 MTCPEDC2 MTCPEDC2

Disediakan oleh:
Cik Hanun Insyirah Ishak dan Cik Aida Yasmin Azhar
Pusat Kajian Politik dan Diplomasi Ekonomi (PSED)

fbk

twt

int

tk

yt