Rabu, 05 Februari 2025

faq  contact us  feedback  Peta laman

Kursus Kesiapsiagaan dan Pengurusan Krisis

CMCP1

Pusat Kajian Politik dan Diplomasi Ekonomi (PSED), IDFR telah menganjurkan Kursus Kesiapsiagaan dan Pengurusan Krisis pada 8 hingga 10 November 2022. Kursus ini telah disertai oleh seramai 20 orang pegawai dari Kementerian Luar Negeri, Malaysia, Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan IDFR. 

Matlamat utama penganjuran kursus ini adalah untuk mendedahkan para pegawai kerajaan dengan ilmu dan kemahiran untuk mengurus krisis dengan lebih efektif dan efisien. Antara modul yang dilaksanakan dalam kursus tersebut ialah Pengenalan kepada Krisis dan Konflik, Titik Puncak dalam Krisis, Proses Evakuasi sertaPeranan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sewaktu krisis di luar negara. 

Pada 8 dan 9 November 2022, kursus ini telah dijalankan di Pullman Kuala Lumpur City Centre. Beberapa orang penceramah jemputan yang terdiri daripada ahli akademik, pengamal dan pakar dalam bidang pengurusan krisis telah diundang untuk berkongsi kepakaran mereka dengan para peserta.

CMCP2 CMCP2 CMCP2

Disediakan oleh:
Pusat Kajian Politik dan Diplomasi Ekonomi (PSED)

fbk

twt

int

tk

yt