Rabu, 05 Februari 2025

faq  contact us  feedback  Peta laman

Kursus Pra-Penempatan untuk Pegawai dan Pasangan (SPKM) 1/2023

spkm12023 3

Kursus pertama bagi tahun 2023, Kursus Pra-Penempatan untuk Pegawai dan Pasangan (SPKM) 1/2023 telah berjaya diadakan dari 30 Januari hingga 10 Februari 2023.

Kursus ini direka untuk pegawai Gred 41 dan ke atas bersama pasangan mereka dengan objektif untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka tentang amalan diplomasi dan diplomatik antarabangsa yang penting dalam melaksanakan tugasan di luar negara. SPKM 1/2023 telah dihadiri oleh 75 orang peserta daripada 12 kementerian dan agensi kerajaan.

Sepanjang tempoh lapan hari berkursus, para peserta telah dilengkapi dengan pengetahuan yang berkaitan dengan pentadbiran, kewangan, protokol, konsular, serta etika diplomatik dan hal ehwal negara. Para peserta telah didedahkan dengan etika yang bersesuaian semasa makan beradap dan majlis rasmi untuk mengembangkan kemahiran sosial interpersonal mereka. Mereka turut didedahkan dengan aspek kesedaran budaya termasuk hal berkaitan jurang budaya dan meraikan perbezaan budaya. Kepentingan untuk bekerja sebagai satu kumpulan ke arah mencapai matlamat bersama untuk mempertahankan kepentingan Malaysia juga telah ditekankan dalam kursus ini. Para peserta turut diingatkan tentang kepentingan integriti di tempat kerja yang merangkumi pertimbangan yang baik, kejujuran, dan kebolehpercayaan. Semasa kursus ini juga para peserta telah didedahkan dengan maklumat dan pengetahuan yang diperlukan dalam mempromosikan Malaysia di luar negara, iaitu Malaysia sebagai destinasi perdagangan, pelaburan dan pelancongan pilihan dan industri minyak sawit Malaysia. Memandangkan IDFR sentiasa menambah baik modul-modul dalam SPKM, slot baharu yang menekankan tanggungjawab untuk menyimpan dan menyelenggara dokumen sulit dan terperingkat dengan kaedah yang betul di kedutaan telah diperkenalkan.

Dalam ucapan penutupnya, Encik Hamizan Hashim, Pengarah Pusat Kepimpinan, Perundingan dan Diplomasi Awam, IDFR, mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para peserta atas komitmen mereka sepanjang kursus ini. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada para penceramah yang telah menyampaikan pengetahuan, pandangan dan pengalaman berharga kepada peserta. Beliau mengucapkan selamat maju jaya kepada para peserta untuk penempatan mereka di luar negara kelak.

spkm12023 4 spkm12023 4 spkm12023 4

Disediakan oleh:
Pusat Kepimpinan, Perundingan dan Diplomasi Awam (LNPD)

 

fbk

twt

int

tk

yt