Rabu, 05 Februari 2025

faq  contact us  feedback  Peta laman

Kursus Pra-Penempatan untuk Pegawai dan Pasangan (SPKM) 2/2023

spkm22023 3

Siri kedua Kursus Pra-Penempatan untuk Pegawai dan Pasangan 2023 (SPKM 2/2023) telah berlangsung dari 27 Februari hingga 3 Mac 2023. Kursus selama lima hari ini telah dihadiri oleh pegawai-pegawai gred 38 dan ke bawah dari pelbagai kementerian dan agensi kerajaan.

Kursus ini telah direka khusus untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran para peserta dalam bidang diplomasi dan amalan diplomatik antarabangsa. Kursus ini juga bertujuan untuk memberikan maklumat terkini kepada para peserta tentang hal-hal pentadbiran dan pengurusan, yang penting bagi tugasan mereka di luar negara.

Sepanjang tempoh lima hari kursus tersebut, para peserta telah diberikan pengetahuan dalam pelbagai kemahiran yang berkaitan dengan hal pentadbiran, kewangan, protokol, konsular, serta etika diplomatik dan hal ehwal negara. Modul-modul seperti makan beradap dan majlis rasmi, kesedaran budaya, dan integriti di tempat kerja turut diadakan semasa kursus tersebut. Dua slot baharu turut diperkenalkan iaitu sesi perkongsian tentang counter espionage dan pengurusan krisis. Para peserta turut diingatkan tentang kepentingan untuk bekerja sebagai satu pasukan demi mencapai matlamat bersama dalam mempertahankan kepentingan negara.

SPKM 2/2023 turut menyaksikan sesi interaksi yang aktif antara para peserta dan penceramah sewaktu sesi ceramah, di samping perkongsian kepakaran, pengetahuan, pandangan dan pengalaman dalam bidang diplomasi.

Pada sesi penutup, Puan Farah Dhiba Ahmed, Ketua Penolong Pengarah, Pusat Kepimpinan, Perundingan dan Diplomasi Awam, IDFR menyampaikan penghargaannya kepada para peserta atas komitmen dan kerjasama penuh mereka sepanjang kursus berlangsung. Beliau turut mengucapkan selamat maju jaya kepada semua peserta untuk penempatan mereka di luar negara kelak.

spkm22023 4 spkm22023 4 spkm22023 4

Disediakan oleh:
Pusat Kepimpinan, Perundingan dan Diplomasi Awam (LNPD)

fbk

twt

int

tk

yt