Pusat Diplomasi Bahasa dan Budaya telah menganjurkan “Induction for Foreign Diplomats in Malaysia: Malaysia’s Culture and Identity”. Program ini bertujuan memberi pendedahan komprehensif mengenai proses diplomatik, gaya hidup serta budaya di Malaysia kepada diplomat asing yang baru tiba di Malaysia. Program ini berlangsung selama dua hari, daripada 8 hingga 9 Mac 2023 dan telah dihadiri oleh 15 diplomat asing yang mewakili kedutaan asing dan organisasi antarabangsa.
Program ini bermula dengan ucapan aluan oleh Pengarah CLCD, dan merangkumi topik-topik yang disampaikan oleh pegawai-pegawai berpengalaman daripada Wisma Putra, BERNAMA, dan juga pakar budaya. Sepanjang tempoh kursus, para peserta telah diberi pendedahan kepada keunikan budaya Malaysia, cara kerja Wisma Putra, Politik Malaysia, gelaran hormat yang digunapakai di Malaysia, landskap media di Malaysia, serta mendapat pendedahan tentang budaya kerja di Malaysia. Dalam salah satu sesi, lawatan ke BERNAMA telah diatur dan para peserta juga dibawa melawat Bahagian-bahagian di Wisma BERNAMA.
Di akhir program, para peserta menzahirkan kepuasan mereka terhadap pendedahan yang diterima mengenai selok-belok kehidupan di Malaysia untuk membentuk asas yang kukuh semasa penugasan diplomatik mereka di Malaysia.
Pada 9 Mac 2023, Dato’ Dr Shazelina Zainul Abidin, Ketua Pengarah IDFR, telah menyampaikan sijil penyertaan kepada para peserta.